Sinopsis W Two Worlds
Mengisahkan tentang Izara, seorang doktor muda dan bapanya Omar, yang merupakan pelukis siri webtoon popular, W. Apabila Omar hilang tanpa jejak, pencarian Izara membawa dirinya ke dunia webtoon, di mana dia menyelamatkan nyawa watak utama webtoon tersebut iaitu Aliff.
Dengan berbuat demikian, Izara mendapati dirinya ditulis ke dalam cerita, apabila webtoon itu seakan hidup dan mula berfungsi sebagai realiti yang berbeza. Aliff sedang memburu lelaki yang membunuh keluarganya sepuluh tahun lalu.
Dia sedar bahawa nasib Izara dan dirinya saling berkait, tapa menyedari bahawa dirinva adalah watak dalam sebuah webtoon. Apabila dua dunia bertembung, pelbagai situasi yang tidak dijangka timbul yang membawa kepada konflik dan kisah percintaan.
Tonton drama Syurga Itu Bukan Mudah arahan Eyra Rahman dibintangi oleh Amir Ahnaf dan Anna Jobling akan disiarkan di Astro Ria pada bulan November ini.
Judul : Syurga Itu Bukan Mudah #Syurgaitubukanmudah
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: 6 November 2023
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Amir Ahnaf sebagai Farid
Anna Jobling sebagai Aileen
Dynas Mokhtar sebagai Umira
Fadhli Masoot sebagai Arman
Alya Iman sebagai Fara
Dian P Ramlee sebagai Aminah
Steve Yap sebagai Musthapa Chan
Bulan Terry sebagai Natalie
Amir Nafis sebagai Zayn
Ahmad Syafiq sebagai Engku
Sinopsis Syurga Itu Bukan Mudah
Terlukanya hati seorang isteri iaitu Aileen apabila suaminya Farid yang selama ini memenuhi kriteria sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang bersembunyi disebalik perwatakan yang nampak baik zahirnya tetapi kini terserlah batinnya cintakan keduniaan berkiblatkan nafsu. Apakah akan terjadi dengan perkahwinan Aileen dan Farid?
Judul: Cik Lang Swe #ciklangswe
Tonton Full Episod: 1-10
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2023
Penulis Skrip: Afmy, Mariana Hashim
Pengarah: Aidilfitri Mohamed Yunos
Produksi: Tsar Asia Sdn Bhd
Lagu Tema (OST)
Metafor - Harissa Adlynn
Watak Pelakon
Dini Schatzmann sebagai Cik Lang Swe
Harissa Adlynn Halim sebagai Ponti Su
Ezzrin Loy sebagai Ponti Dol
Amy Nur Tinie sebagai Seri Ponti Wang
Safwan Nazri sebagai Poco
Ayunie sebagai Mak Lang
Jazmy Juma sebagai Hafiz
Sarah Monika sebagai Ponti Nana
Emerlia Feronika sebagai Lang Gigi
Phirdaus Khardini sebagai Pak Yo
Sinopsis Cik Langswe
Cik Lang Swe (Dini Shatzmann) merupakan satu-satunya pewaris lelaki bagi Puak Langsuir di Kampung Temu Jodoh. Puak Langsuir ini dianggap sebagai puak yang paling lemah dalam kalangan puak hantu yang lain.
Lang Swe yang ingin menjalani kehidupan normal sering dibuli kerana sifatnya yang baik hati serta bersopan santun. Ia sememangnya bertentangan dengan keperibadian yang wajar bagi spesis hantu. Namun, semangat Lang Swe tidak pernah pudar kerana dia mempunyai impian untuk meninggalkan kampung bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi pelakon popular.
Pada suatu hari, Ratu bagi segala hantu bagi puak Pontianak, Seri Ponti Wang (Amy Nur Tinie), telah memberi kejutan kepada rakyatnya dengan mengumumkan persaraannya. Keputusannya itu dibuat atas sebab ingin memberi tumpuan terhadap kerjaya baharunya sebagai pempengaruh di media sosial.
Lalu, Ponti Wang telah mengisytiharkan bahawa takhta untuk memerintah semua hantu kini menanti pemerintah baharu. Namun, pemerintah baharu itu hanya boleh dipilih daripada pemenang acara berprestij hantu iaitu Olympictu.
Peraturannya begitu mudah. Hantu yang paling banyak mengumpul jeritan manusia akan dinobatkan sebagai pemenang dan akan memegang takhta pemerintah Kampung Temu Jodoh yang baharu.
Setelah berabad-abad kekal kalah, puak Langsuir berharap untuk menuntut semula takhta yang telah dirampas daripada mereka. Mak Lang percaya bahawa hanya Lang Swe sahaja yang boleh memenangi Olympictu.
Lang Swe yang dilanda rasa panik telah cuba melarikan diri dengan bantuan daripada rakannya, Poco. Namun, dirinya sering ditemui. Akhirnya, Lang Swe terpaksa menjalani latihan. Antara aktiviti yang perlu dilakukannya termasuk memanjat pokok, berlatih gelak tawa yang menyeramkan dan pelbagai perkara lagi yang menyumbang kepada imej yang menakutkan.
Pada masa yang sama, Lang Swe telah jatuh hati terhadap waris Pontianak, PontiSu (Harissa Adlynn). Walaupun kedua-dua ibu bapa mereka tidak merestui hubungan yang terjalin, PontiSu telah bertunang dengan PontiDol (Ezzrin Loy).
PontiDol adalah pontianak yang terkuat dan merupakan musuh ketat Cik Lang Swe. Lebih memburukkan keadaan, kaum manusia dibelenggu masalah pecah masuk dan rompakan oleh manusia yang bertopengkan hantu. Topeng yang digunakan itu menyebabkan hantu yang dipersalahkan.
Cik Lang Swe bukan sahaja perlu memenangi Oplympictu. Dia juga perlu mencari pesalah yang mengganggu manusia. Selain itu, dia juga mesti memenangi hati PontiSu. Mampukah dia menjayakan semuanya?
Tonton drama 'I Love You, Stupid' adaptasi dari novel karya Allahyarhamah Melur Jelita menampilkan lakonan MK K Clique dan Ezzanie Jasny akan ditayangkan bermula 12 Julai ini di platform penstriman Viu.
Judul: I Love You, Stupid!
Tonton Full Episod:1- 40
Tarikh Tayangan di Viu: 12 Julai 2023
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Lagu Tema: Thank You - Pasya
Watak Pelakon
Ezzanie Jasny sebagai Iris Nur Zakaria
MK K-Clique sebagai Firman Ebrahim
Haidar Hasanudin sebagai Dr Aidan
Fauzi Nawawi sebagai Tuan Seri Zakaria
Marisa Yasmin sebagai Puan Seri Sarah
Lisdawati sebagai Hajah Aminah
Syad Mutalib sebagai Fatimah
Fad Anuar sebagai Faris
Luqman Junaidi sebagai Daus (Firdaus)
Carolina Binur sebagai Azelia
Hanna Halim sebagai Azalea
Ziha Salleh sebagai Violet
Malia Baby sebagai Lara
Musyi sebagai Farina
Alif Hadi sebagai Izahar
Fauzi Nawawi sebagai Hakimi
Aween Ismail sebagai Hanim
Azlan Komeng sebagai Sarjan Hasan
Raff Roslee sebagai Ustaz Zul
Hanna Aqeela sebagai Zubaidah
Adam Corrie sebagai Hakeem
Mas Anizan sebagai Isteri Hakeem
Qistina Raisah sebagai Zainab
Sinopsis I Love You Stupid
Iris Nur, seorang wanita yang mengatur hidupnya sendiri sanggup mengorbankan orang sekeliling demi kepentingan dirinya.
Disebabkan itu, seorang pengawal peribadi, Firman telah diupah untuk menjaga dirinya sepanjang keberadaannya di sebuah misi kemanusiaan.
Namun, hakikat yang Firman dan semua orang tak tahu adalah Iris mempunyai perancangan lain sebenarnya.
Ikmal bekerja keras supaya Mikail mendapat pendidikan yang bagus di kolej. Namun Mikail terjerumus dengan pelbagai masalah akibat salah berkawan.
Judul : Ratu Lori #ratulori
Tonton Full Episod:1- 20
Tarikh Tayangan: 24 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 9.00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Rosmadewi Zin, Sharifah Faniza
Pengarah: Adam Hamid
Produksi: Ten View Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Puteri Sarah Liyana sebagai Shima
Hafreez Adam
Aishah Azman
Syaffiq Sahli
Hilal Azman
Aida Khalida
Mas Anizan
Sinopsis Ratu Lori
Mengisahkan tentang Shima, berusia 24 tahun, yang merupakan gadis lepasan kolej dalam bidang akauntan yang cantik jelita. Shima mempunyai abang dikenali sebagai Yusof yang menjalankan perniagaan lori.
Pada suatu hari, Yusof mengalami kemalangan dan patah kaki. Situasi itu menyebabkan Shima terpaksa membantu abangnya membawa lori kerana terdapat jadual kerja yang sudah disiapkan.
Judul: Zuriat Dari Penjara #zuriatdaripenjara
Tonton Full Episod: 1-26
Tarikh Tayangan: 4 November 2023
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Haida Mazni Mohammad
Pengarah: Roziesham Haron
Produksi: Double Channel Sdn Bhd
Lagu Tema: Sujud - Linda Rafar
Watak Pelakon
Wafariena Roslan sebagai Shara
Josiah Hogan sebagai Zaman
Rasya Dean sebagai Erina
Syed Aiman sebagai Rijaluddin
Linda Rafar sebagai Adelia
Danny Anwa sebagai Amar
Mubarak Majid sebagai Zakariyya
Aliza Rafar sebagai Munirrah
Jesse Lim sebagai Dato Adam Wong
Addam Roslan sebagai Azlan
Nuzul Harisyah
Adik Ebrahim Danie
Sinopsis Zuriat Dari Penjara
Kisah Shara, seorang wanita yang sanggup meninggalkan keluarganya untuk mengejar kekayaan tanpa meyedari diriya ditipu.
Saksikan drama bersiri Seloka Asmara Buat Kemboja arahan Ejump Mohd mulai 17 Oktober 2023, setiap Isnin hingga Khamis, 6:45 petang di slot Widuri TV1.
Judul: Seloka Asmara Buat Kemboja #selokaasmarabuatkemboja
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Abdul Nasir Abdul Khalil
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Neraca Era Sdn Bhd
Watak Pelakon
Julia Farhana Marin sebagai Kemboja
Amir Nafis sebagai Asyraf
Mior Hashim Manap sebagai Dato Meor Shariman
Susan Lankester sebagai Dahlia Estella
Zac Zaki sebagai Teruna
Zalfa Zin sebagai Farhana
Khaliela sebagai Cempaka
Darren Ngai sebagai Benedict
Amy Nur Tinie sebagai Puteri
Chef Fikree sebagai Prof Fauzan
Nazia Mustafar sebagai Dr Hawa
Rosdeen Suboh sebagai Prof Khusyairi
Saiful Wazien sebagai Hayat
Hannah Lee sebagai Nora
Hana Tiha sebagai Aqila
Mulla sebagai Nikki
Lagu Tema
Lagu: Misteri Cinta
Penyanyi: Suhaimi Mior Hassan & Ziana Zain
Sinopsis Seloka Asmara Buat Kemboja
Kemboja yang merupakan seorang pensyarah berkawan dengan Asyraf, seorang pemilik syarikat pengiklanan antarabangsa yang mementingkan Bahasa inggeris dan budayanya.
Asyraf ke rumah Kemboja untuk bertemu dengan keluarganya. Keluarga Kemboja kaya dengan budaya Melayu dalam kehidupan mereka. Asyraf rasa kekok dan rasa dirinya telah diperbodohkan oleh keluarga Kemboja. Kemboja kecewa dengan Asyraf yang cepat mengalah. Kemboja turut kecewa dengan ayahnya kerana tindakannya melayan Asyraf. Kemboja perang dingin dengan ayahnya.
Dato Meor memberi peluang kedua pada Asyraf dengan syarat Asyraf perlu faham dan memahami bangsa Melayu dalam tempoh sebulan. Kemboja membantu Asyraf untuk mengikuti kelas sejarah, budaya dan bahasa Melayu bersama profesor di universitinya.