Nantikan drama adaptasi novel Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah akan datang di Astro Ria. Drama 40 episod terbitan SR One Sdn Bhd dibawah arahan Feroz Kader. Dibintangi oleh Emma Maembong, Shaheizy Sam, Liza Abdullah, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Judul: Takdir Itu Milik Aku #takdiritumiliaku
Tonton Full Episod: 1-40
Tarikh Tayangan: 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: SR One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Emma Maembong sebagai Dian Zara
Shaheizy Sam sebagai Tuan Zarif
Amar Baharin sebagai Zarif Adha
Liza Abdullah sebagai Datin Munirah
Jasmin Hamid sebagai Kamsiah
Mustaqim Bahadon sebagai Arman
Fauziah Nawi sebagai Nek Tuk Hasnah
Mak Engku Fridah sebagai Nek Wan Hamimah
Nasz Sally sebagai Maryam
Riz Amin sebagai Rahman
Sharifah Husna sebagai Azura
Duerra Mitilda sebagai Elina
Shakilla Khoriri sebagai Adira
Mahmud Alibashah sebagai Dato Salleh
Rayyan Mikail sebagai Mohd Adif
Radhi khalid sebagai Dollah Kutty

Takdir Itu Milik Aku



Sinopsis Takdir Itu Milik Aku
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Para Pelakon Takdir Itu Milik Aku

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Takdir Itu Milik Aku Lakonan Emma Maembong,Shaheizy Sam

 

Tonton drama bersiri Si Jantung Hati bakal disiarkan bermula 7 Februari 2024, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro GO. Drama terbitan Mache All Star United ini diarahkan oleh Zainorhisyam Samudin, dibintangi oleh Syarul Ezani, Siti Hariesa, Fikhree Bakar, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Judul : Si Jantung Hati #sijantunghati
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 7 Februari 2024
Waktu Siaran: Rabu - Khamis, 9 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Penulis Skrip: Mike Mourinho
Pengarah: Mohd Zainorhisyam Bin Samudin
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd

Watak Pelakon
Syarul Ezani sebagai Amir
Siti Hariesa sebagai Manis
Malis sebagai Cantik
Fikhree Bakar sebagai Razak
Jalaludin Hassan sebagai Zul
Jay Iswazir sebagai Sofi
Razin Qidran sebagai Muz
Ash Azhan sebagai Maya

Sinopsis Si Jantung Hati
Mengisahkan Amir yang berusia 23 tahun menerima berita buruk apabila jantungnya perlu digantikan segera atau dia akan mati.

Akibat terdesak dan mahu menangguh kematian, Amir mengambil keputusan untuk melakukan pemindahan jantung babi yang diperoleh melalui kawan lamanya.

Bagaimanapun, setelah bangun dari pembedahan, persoalan mulai timbul dalam diri Amir sama ada darah yang dipam dalam badannya menerusi jantung babi membuatkan tubuhnya menjadi haram?

Drama Si Jantung Hati Lakonan Syarul Ezani,Siti Hariesa

 


Kembali bersiaran langsung bagi mengubat rindu anda sepanjang Ramadan ini bersama geng Sepahtu!

Saksikan Sepahtu Reunion Al Moreh, bermula 23 Februari setiap Jumaat, jam 10.00 Malam, hanya di Astro Warna (ch 107) atau strim di Astro Go.

Sepahtu Reunion Al Moreh 2024 kembali

 


Nantikan drama romantik komedi 'My Lovely Driver' terbitan Sha's Media dibintangi oleh Hisyam Hamid dan Trisha Ooi akan datang di TV3.

JuduL : My Lovely Driver #mylovelydriver
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: 2023
Rangkaian: TV3
Penulis Skrip: Lynnda Sharudin
Pengarah: Ayie Mustafa
Produksi: Sha's Media Sdn Bhd

Promo My Lovely Driver


Watak Pelakon
Trisha Ooi sebagai Sam (Samsiah)
Hisyam Hamid sebagai Adly
Razzuan Rosli sebagai Don
Silfeny Osman sebagai Intan Zara
Sefik Khair sebagai Ben
Faye Kusairi sebagai Mira
Sera Melissa sebagai Jojo
Izzendra sebagai Aini
Kween Keela sebagai Effa
Azza Elite sebagai Rohani
Ameerul Asyraf sebagai Mike
Wanns Ahmad sebagai Benji
Affizy Khairy sebagai Johan
Wan Raja sebagai Azman

Sinopsis My Lovely Driver
Mengisahkan tentang Adly (Hisyam Hamid) yang masih trauma dengan kejadian kemalangan yang dialaminya lima tahun lepas dan melibatkan kematian seorang wanita. Kejadian ini menyebabkan dia sukar untuk memandu dan menyebabkan Adly menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk kemana-mana sahaja. Ketika Adly ingin menggunakan khidmat pemandu kereta sendiri itu, dia juga telah berkenalan dengan Sam (Trisha Oii).

Sam mempunyai banyak tanggungan di rumah, termasuk tanggungjawab untuk melunaskan hutang arwah ayahnya sehingga dia terpaksa mencari kerja tambahan. Sam tekad untuk menambah pendapatannya dan tidak boleh hanya bergantung kepada perniagaan atas taliannya. Jojo (Sera Melissa) memberi sokongan kepada Sam untuk menjadi pemandu E-hailing sepenuh masa sementara Jojo membantu perniagaannya.

Pertemuan pertama Adly dan Sam sebagai pemandu dan penumpang bagaikan sebuah takdir untuk mereka apabila Adly berasa selesa dengan kehadiran Sam dalam hidupnya. Dia telah mengupah Sam untuk menjadi pemandu peribadinya dan di samping itu Adly juga dapat mempelajari lebih banyak mengenai perniagaan daripada Sam. Adakah akan ada sesuatu di antara mereka? Dapatkah Adly pulih daripada trauma dengan kehadiran Sam?

Drama My Lovely Driver Lakonan Trisha Ooi,Hisyam Hamid


Rindu Kasih 2
Drama Rindu kasih
Nantikan drama Rindu Kasih 2 akan bersiaran di slot Samarinda TV3 pada bulan Februari ini. Drama 20 episod terbitan P&D Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Pali Yahya. Membariskan pelakon asal seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

Judu: Rindu Kasih 2 #rindukasih2
Tonton Full Episod:1- 20
Tarikh Tayangan: 13 Februari 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Amir
Ummi Nazeera sebagai Salina
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Dzul Hadziq sebagai Fayad
Shazia Rozaini sebagai Huda
Meor Mohd sebagai Iqbal
Mimi Ernida sebagai Rita
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Nafiz Muaz sebagai Hisham

Sinopsis Rindu Kasih 2

Mengisahkan kesinambungan kehidupan Salina (Ummi Nazeera) selepas dibebaskan dari penjara. Salina nekad meninggalkan Amir (Izzue Islam) dan ibu mertuanya Halijah (Fazlina Ahmad Daud). Kini, apa yang penting dalam hidup Salina adalah menjaga syurganya, Fayyad (Dzul Hadziq).

Amir tetap tidak berputus asa untuk menjejaki Salina dan Fayyad seperti bekas suami yang gila talak. Amir mahukan Salina kembali ke sisinya dan juga ingin memiliki hak penjagaan terhadap Fayyad. Salina merahsiakan keberadaannya kecuali Hisyam (Nafiz Muaz) saja yang tahu. Halijah pula dijatuhkan hukuman penjara.

Selepas beberapa tahun, Halijah telah dibebaskan. Salina kembali hidup dalam kegelapan selepas bertemu kembali dengan ibu mertuanya, Halijah. Malah, Salina juga difitnah menjalani hubungan dengan Hisyam apabila hubungan Hisyam dan Murni (Ezzaty Abdullah) mula bermasalah.

Fayyad yang kini sudah berusia 7 tahun membesar dengan penuh kasih sayang daripada Salina. Namun, Fayyad yang menghidapi masalah hati memaksa Salina untuk berusaha keras demi menyara kos perubatan Fayyad. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Salina mengecapi kebahagiaan bersama anaknya selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya?

Promo Rindu Kasih 2



Para Pelakon Rindu Kasih 2
Drama Rindu Kasih

Izzue Islam

RIndu Kasih
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Rindu Kasih 2 Lakonan Izzue Islam,Ummi Nazeera

 

Saksikan telefilem romantik komedi 'Jodoh Geng G' lakonan Nabila Huda dan Hisyam Hamid pada 27 Januari ini, Sabtu pukul 9 malam di Astro Warna saluran 107 atau atau strim di Astro Go.

Judu; : Jodoh Geng G #jodohgengg
Waktu Siaran: Sabtu, 27 Januari 2024, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Warna, Astro Go
Pengarah: Yen Osing
Produksi: Tribution Studio

Barisan Pelakon
Nabila Huda sebagai Julia
Hisyam Hamid sebagai Rico
Kamarool Hj Yusof sebagai Ayah Su
Aziz M Osman sebagai Ayah Ku
Norreen Iman sebagai Supiah
Anas Ridzuan sebagai Jamil
Zulin Aziz sebagai Santi

Promo Jodoh Geng G
  
Sinopsis Jodoh Geng G
Dalam usaha untuk menyatukan kumpulan gangster, kepala gengster telah menjodohkan anak perempuan dan anak lelaki mereka bagi menamatkan persengketaan yang wujud sejak sekian lama.

Telemovie Jodoh Geng G Lakonan Nabila Huda,Hisyam Hamid

Saksikan telefilem Luluh lakonan Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Nad Zainal pada Sabtu(22 Ogos) pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : LULUH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 22 Ogos 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Slot Cerekarama)
PENULIS SKRIP : Ayuni Zamani
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : PnD pictures
PELAKON : Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Haeriyanto Hassan, Fadilah Mansor

SINOPSIS LULUH
Farhan yang berada di tahun 2 pengajian di universiti balik ke kampung. Semasa cuti semester tersebut, Farhan ditunangkan dengan Khairina, jiran dan juga 'girlfriend' nya sejak di sekolah menengah lagi. Namun seminggu selepas majlis pertunangan mereka, Husin, ayah Farhan meninggal dunia semasa pulang dari laut. Memandangkan Husin adalah yang selama ini bertanggunjawab menyara keluarga, Farhan ambil keputusan untuk berhenti belajar demi untuk menjaga ibu dan memberi laluan pada adiknya, Syakir untuk memulakan pengajian di Universiti.


Telemovie Luluh Lakonan Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera

 

Saksikan telemovie seram komedi 'Hentian Gerik' arahan Aziz M. Osman pada 20 Januari ini, Sabtu pukul 9 malam di Astro Warna atau strim di Astro Go.

JUDUL : Hentian Gerik #hentiangerik
Waktu Siaran: Sabtu, 20 Januari 2024, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Warna & Astro Go
Penulis Skrip: Nur Afirah
Pengarah: Aziz M. Osman
Produksi: Arie Zaharie Production
Pelakon: Namie Smy, Shashic Iewan, Said Prono, Raden Zaharatul

Sinopsis Hentian Gerik
Mengisahkan tentang dua orang sahabat yang datang ke Hentian Gerik untuk menjual barang bundle tiba-tiba dihantui insiden misteri.

Promo Hentian Gerik 

Telemovie Hentian Gerik Lakonan Namie Smy, Shashic Iewan

 

Saksikan telefilem Crush Pilihan Mama pada 26 Januari 2024 jam 10 malam di Astro Ria saluran 104.

Judul: Crush Pilihan Mama #crushpilihanmama
Waktu Siaran: Jumaat, 26 Januari 2024, 10:05 malam
Rangkaian: Astro Ria 104
Penulis Skrip: Farah Bani
Pengarah: Noorsyahida
Pelakon: Hariz Hamdan, Qistina Rania, Evertts Gomes, Fazlina Ahmad Daud

Sinopsis Crush Pilihan Mama
Nadia yang pada mulanya tidak mahu mengahwini lelaki pilihan ibunya bersetuju untuk mengahwini lelaki tersebut dan meninggalkan teman lelakinya, Kyle.

Telemovie Crush Pilihan Mama Lakonan Hariz Hamdan, Qistina Rania

 

Saksikan telemovie Langgar Pantang lakonan Nadiya Nisaa dan Amar Baharin pada Jumaat ini, 12 Januari 2023 jam 10:00 malam di Astro Ria.

JUDUL : Langgar Pantang #langgarpantang
Waktu Siaran: Jumaat, 12 Januari 2024, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria & Astro GO
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Pelakon: Nadiya Nisaa, Amar Baharin, Nuremy Ramli, Fadilah Mansor

Sinopsis Langgar Pantang
Elis mengalami keguguran dan menjalani proses berpantang mengikut tradisi Melayu, tetapi segalanya menjadi kelam kabut apabila pembantunya secara tidak sengaja mendedahkan rahsia yang Elis sembunyikan.

Promo Langgar Pantang 

Telemovie Langgar Pantang Lakonan Nadiya Nisaa, Amar Baharin

 

Saksikan telemovie Mati Hidup Balik lakonan Faizal Hussein dan Fiza Thomas 19 Jan, Jumaat 10 malam di Astro Ria dan Astro Go.

JUDUL : Mati Hidup Balik #matihidupbalik
Waktu Siaran: Jumaat, 19 Januari 2024, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria & Astro Go
Idea Asal: Syawal Azrai Mokhtar
Penulis Skrip: Srikandi Emma & Seri Dewi
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Faizal Hussein, Fiza Thomas, Sahronizam, Usop Wilcha, Jiha Sham

Sinopsis Mati Hidup Balik
Ilmu kebal yang dimiliki Tok Ayah menyebabkan dia mati hidup balik berkali-kali. Tertekan dengan situasi itu Sara menekan ayahnya untuk melepaskan ilmu itu. Namun ada rahsia yang tersimpan dan perlu dilakukan untuk memastikan Tok Ayah kekal mati.

Promo Mati Hidup Balik

Telefilem Mati Hidup Balik Lakonan Faizal Hussein, Usop Wilcha

 

Tonton Original Series: SeOfis diterbitkan oleh Parallax Pictures dan diarahkan oleh Faizul Jais dengan nukilan skrip oleh Nadia Khan dan Mamu Vies. Menampilkan barisan pelakon seperti Siti Saleha, Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad, Hafizul Kamal dan ramai lagi. Saksikan SeOfis secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton mulai 18 Januari 2024.

JUDUL : SeOfis
Tonton Full Episod: 1-12
Tarikh Tayangan: 18 Januari 2024
Penulis Skrip: Nadia Khan dan Mamu Vies
Pengarah: Faizul Jais
Produksi: Parallax Pictures

Watak Pelakon
Siti Saleha sebagai Sam (Samirah)
Nadiya Nisaa sebagai Aini (Muhaini)
Nadia Aqilah sebagai Yana (Liyana)
Fahrin Ahmad sebagai Faris
Hafizul Kamal sebagai Hadi
Hafidzuddin Fazil sebagai Encik Yusoff
Josiah Hogan sebagai Arman
Akmal Azwar sebagai Haikal
Munir Kharuddin sebagai Shaihan
Ikhwan Lein sebagai Dato Ashburn
Syahir Shafie sebagai Norman
Anas Ridzuan sebagai Dato Sufian
Malia Baby sebagai Natasha
Ariel Izz sebagai Abang Jie
Arianna Yusof sebagai Natalia

OST SeOfis
Lagu: Mula
Artis: De Fam
Komposer & Lirik: Shazee Ishak & Audi Mok

Sinopsis SeOfis
Pertembungan tiga personaliti wanita berkerjaya di usia 30-an yang akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan bagi mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota.

Samirah atau Sam (Siti Saleha) ialah seorang pereka hiasan dalaman yang bercita-cita tinggi untuk tersenarai di dalam senarai Forbes 40 Under 40. Oleh itu, Sam sentiasa melakukan yang terbaik untuk mencapai hasrat tersebut. Muhaini atau Aini (Nadiya Nisaa) ialah seorang usahawan yang baru saja memulakan perniagaan menjual hasil kerja kayu ayahnya iaitu perabot yang dibuat sendiri. Aini memperkenalkan Yana kepada Sam. Liyana atau Yana (Nadia Aqilah) ialah seorang ejen hartanah yang berpengalaman, berwawasan dan sentiasa mengikuti trend semasa.

Permulaan yang agak sukar bagi tiga wanita yang berbeza personaliti untuk bekerja di ruang kerja yang sama. Aini cepat terpengaruh dengan personaliti Sam yang sangat lantang tetapi Yana menyimpan rasa curiga terhadap Sam.

Selain berhadapan dengan pelbagai kerenah klien, trio ini tidak melupakan cita-cita yang perlu dicapai. Sam inginkan satu pengiktirafan dan mengimpikan untuk memenangi sebuah anugerah. Aini impikan calon suami yang menyamai figura ayahnya manakala Yana mahu mencapai sasaran duit simpanan sebelum usia bersara sebelum dia meneruskan cita-cita asalnya untuk bergelar seorang penyanyi!

Apabila mereka bertiga sedar bahawa mereka mempunyai musuh yang sama iaitu Faris (Fahrin Ahmad), seorang arkitek yang sombong dan sanggup melakukan apa saja demi kejayaan sendiri. Jadi, Sam, Yana dan Aini telah bergabung untuk menjatuhkan Faris. Adakah pertemuan ini juga bakal membawakan ketegangan dalam soal cinta?

Drama SeOfis Lakonan Siti Saleha,Fahrin Ahmad