Dr Erin, steri kepada Da’i Farhan baru baru ini mengesahkan yang beliau sudah bercerai dengan suaminya pada penghujung April yang lalu. Menurutnya, penceraian ini dibuat atas keputusan bersama.

Penceraian dengan talak satu itu dilafazkan oleh Da’i Farhan menerusi rakaman suara di aplikasi Whatsapp.

“Untuk pengetahuan semua, ustaz telah lafazkan cerai pada 27 April selepas saya sendiri minta untuk dilepaskan. Saya yakin ini terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on”

“Penceraian ini saya minta keraja saya sendiri sudah penat dengan episod sekejap kata nak rujuk dan ceraikan saya, sekejap tak jadi cerai dan mahu bermadu dengan saya — saya tahu ustaz serba salah dan saya memilih untuk diceraikan,” ujarnya.

Diceraikan ketika hamil

Noorainul Naqim atau Drholis memaklumkan bahawa Da’i Farhan sudah melafazkan cerai pada 27 April yang lalu selepas dirinya hamil anak pertama bersama pendakwah tersebut.

Rela diceraikan

Menurut perkongsian itu lagi, Da’i Farhan dikatakan terlalu merindui anak-anaknya. Atas desakan pelbagai pihak, wanita tersebut dengan rela memilih untuk diceraikan.

Susulan daripada itu, dia berharap agar tidak lagi dikaitkan dengan pendakwah itu dan sempat meminta maaf sepanjang  pernikahan mereka andai kata ada pihak yang terguris.

Hamil anak pertama

Pada 25 April yang lalu, drholis telah mengesahkan bahawa dirinya hamil dan memuat naik berita gembira itu di media sosial selepas berasa loya dan muntah-muntah.

Selepas mendapatkan rawatan doktor, dia disahkan hamil setelah ujian kehamilan yang dilakukan menunjukkan dua garis.


Sumber : Drholis

Isteri Da’i Farhan Baru Disahkan Hamil Mengaku Sudah Bercerai

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara kawasan yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir pada petang ini:

Kedah: Kuala Muda, Sik, Baling Kulim dan Bandar Baharu.

Kelantan: Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh

Terengganu: Besut dan Setiu

Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

Selangor: Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Johor: Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang

Sarawak: Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Selain dari itu, seluruh kawasan bagi negeri Pulau Pinang, Perak, W.P Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka pula dijangka akan dilanda dengan ribut petir sehingga pukul 6.00 petang ini.



Sumber: MetMalaysia

Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di 12 Negeri Petang Ini

Sebelum ini, penerima fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) secara berperingkat, pada 6 April lalu.

Pembayaran membabitkan peruntukan berjumlah RM5.63 bilion itu akan memberi manfaat kepada 8.3 juta isi rumah.

Terbaru, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu bahawa fasa kedua BPN akan mula dilakukan pada 4 Mei ini.


Menerusi BPN, kerajaan menggariskan empat kategori penerima bantuan.

Kategori pertama adalah kira-kira 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah yang akan menerima bantuan RM1,600 dengan bayaran RM1,000 akan dibayar pada 6 April dan baki RM600 pada Mei.

Bagi kategori kedua, hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 akan menerima bayaran RM1,000 membabitkan bayaran RM500 6 April dan baki RM500 bulan depan.

Kategori ketiga adalah sekitar 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah yang akan menerima RM800 dengan bayaran RM500 untuk fasa pertama dan baki RM300 pada fasa kedua bulan depan.

Kategori keempat adalah 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000 yang menerima RM500 membabitkan bayaran sebanyak RM250 akan dibuat bermula 6 April dan baki RM250 pada Mei.

Sumber: Bernama

Bayaran Fasa Kedua BPN Dibuat Mulai 4 Mei Ini – Menteri Kewangan

Angka kematian akibat  Covid-19 di seluruh dunia telah melepasi 200,000 dengan kes baharu  yang disahkan dijangka akan mencapai tiga juta dalam beberapa hari mendatang, lapor RNZ News.

Lebih daripada separuh angka kematian tersebut dilaporkam berlaku di Amerika Syarikat, Sepanyol dan Itali.

Kematian pertama yang dikaitkan dengan pandemik tersebut dilaporkan di Wuhan, China pada 10 Januari yang lalu. Ia mengambil masa selama 91 hari untuk mencapai angka kematian melebihi 100,000 dan 16 hari lagi untuk mencapai 200,000.

Angka kematian sebanyak 200,000 itu diumumkan oleh Johns Hopkins University di Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat melaporkan lebih 52, 400 kematian setakat pagi sabtu semalam. Sementara itu, Itali, Sepanyol dan Perancis melaporkan di antara 22,000 sehingga 26,000 kematian.

Menerusi kemas kini daripada laman worldometer, angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia sekurang-kurangnya 203,272.


Kes keseluruhan Covid-19 di seluruh dunia yang dicatatkan pula ialah sekurang-kurangnya 2,920,961 manakala pesakit yang telah sembuh adalah sekurang-kurangnya 836,941.

Sumber: RNZ News

Kematian Covid-19 Seluruh Dunia Kini Cecah Melebihi 200,000

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkemungkinan akan dilanjutkan lagi selepas 12 Mei ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, susulan itu semua rakyat mungkin tidak boleh pulang ke kampung halaman mereka untuk menyambut hari raya seperti kebiasaan.

”Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini.

Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung seperti biasa,” kata beliau.

Tambah Muhyiddin, rakyat masih juga belum boleh mula bekerja kecuali di dalam sektor terpilih yang dibenarkan oleh kerajaan.


”Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan.

Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, jika kes-kes COVID 19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial, kata Muhyiddin.

Jelasnya, usaha yang dilakukan ini bagi membolehkan semua rakyat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Oleh itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini.

Fasa keempat PKP akan bermula pada 29 April ini dan berakhir pada 12 Mei 2020, sejurus fasa ketiga PKP tamat pada 28 April.

Secara keseluruhan, Malaysia telah melaksanakan PKP selama 6 minggu yang bermula pada 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.




Mungkin Tidak Boleh Sambut Raya Di Kampung – PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebelum menyambut Ramadan mengumumkan PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

Di akhir ucapannya, beliau sempat bergurau apabila bulan Ramadan kali ini tidak dapat ke Bazar Ramadan tetapi boleh memasak di rumah.

“Jika masakan tidak jadi tak mengapa, boleh post di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini,” katanya lagi.


Ucapan itu mungkin mencuit hati kita apabila satu group di Facebook diwujudkan ketika tempoh PKP ini untuk menghimpunkan masakan-masakan yang tidak jadi sepanjang tempaoh PKP.

Baru beberapa hari group itu dibuka tetapi telah berjaya mengumpul lebih 1 juta ahli.


Sumber: Sidang Media

“Tak Mengapa,Kalau Masak Tak Jadi.. Boleh Post Di Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini” – PM

KUALA LUMPUR: Kebiasaannya, setiap kali menjelang 1 Ramadan, umat Islam di seluruh negara akan berpusu-pusu pulang ke kampung bagi menyambut bulan penuh keberkatan bersama ahli keluarga.

Tidak hirau menempuh jalan raya sesak, asalkan dapat mengambil ‘mood’ bersahur, berbuka puasa dan terawih bersama orang disayangi di kampung halaman pada hari pertama Ramadan.

Bagaimanapun, situasi kita meraikan kedatangan bulan puasa kali ini, yang bakal tiba beberapa hari saja lagi itu pastinya lain daripada yang lain.

Ia luar biasa dan sudah pasti akan dikenang seumur hidup; umat Islam bakal menyambutnya dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini telah pun memasuki fasa ketiga, bagi membendung penularan COVID-19.

Kerajaan mengingatkan bahawa orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung dalam tempoh PKP fasa tiga dilaksanakan.

E-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu serta ‘bungkus dan ambil’ makanan juga tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata polis akan menambah sekatan jalan raya di seluruh negara bagi memastikan kawalan pergerakan dapat dipertingkatkan berikutan ada ura-ura orang ramai ingin balik ke kampung untuk menyambut Ramadan.

Tidak mengira darjat, malah wakil rakyat juga tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara ketika menjalankan tugas di kawasan masing-masing ketika tempoh pelaksanaan PKP serta tidak boleh mengadakan perjumpaan atau program serta jamuan melibatkan kelompok yang ramai.

Semua SOP dalam PKP ini pastinya mewujudkan norma baharu sambutan Ramadan berbanding kebiasaan kerana majlis berbuka puasa beramai-ramai yang menjadi kelaziman sewaktu bulan Ramadan pun tidak boleh diadakan.

Walaupun kes positif COVID-19 mencatatkan dua angka sejak beberapa hari lepas, namun usaha meratakan lengkuk masih berterusan dan rakyat perlu sedar ia bukanlah satu tiket untuk mereka sesuka hati melanggar PKP.

Apatah lagi menyimpan hasrat untuk pulang ke kampung menjelang Ramadan ini. Jadi, duduk sahaja di rumah.

Perlu diingat, sebanyak 11 penjara sementara bagi tahanan ingkar PKP akan mula beroperasi 23 April ini, kira-kira sehari sebelum tarikh jangkaan umat Islam menyambut Ramadan.

Ini memberi pilihan kepada orang ramai sama ada mahu menyambut Ramadan dengan selesa di rumah, atau mungkin mahu merasakan kelainan tahun ini dengan menyambutnya di penjara. Tepuk dada tanya selera.

– BERNAMA

Sambut Ramadan di penjara atau rumah? Langgar PKP


KUALA LUMPUR, 10 April — Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung perbuatan segelintir penghuni Selangor Mansion, di sini, yang membaling objek seperti botol, bungkusan sampah serta pasu bunga, terhadap anggota tentera yang bertugas memasang ‘concertina wire’ di kawasan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, laporan polis dibuat oleh pengadu kerana anggotanya, memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada sebarang laporan polis diterima berkenaan kejadian anggota tentera dibaling dengan air kencing warga asing, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan bertajuk ‘Askar pakai helmet, elak air kencing warga asing’.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, manakala keadaan keselamatan di kawasan terlibat adalah terkawal. Selain itu, pemakaian ‘helmet’ oleh anggota tentera adalah mengikut Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Siasatan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu cuba mendatangkan cedera kepada penjawat awam dengan membaling botol dan pasu bunga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, rakaman percakapan pengadu telah dibuat dan siasatan lanjut akan dijalankan pihaknya, manakala tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penghuni yang didapati terlibat dalam kes yang dilaporkan itu.

“Kami amat mengharapkan kerjasama semua pihak supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, demi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat, boleh menghubungi ‘Hotline’ Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Hari ini, Bernama melaporkan Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang menafikan dakwaan seperti yang tular di media sosial mengatakan, anggota tentera bertugas di bangunan berkenaan memakai topi keledar untuk elak air kencing warga asing.

— BERNAMA

Baling Objek Keras Kepada Tentera ,Polis Terima Laporan Penghuni Selangor Mansion