Famili Duo Musim 3 adalah sebuah rancangan realiti TV3 yang menampilkan enam pasangan peserta, terdiri daripada selebriti popular dengan ikatan kekeluargaan. Lapan episod program nyanyian ini akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 dengan pengacara Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos, manakala Ajai dan Mas Idayu berperanan sebagai pasangan juri tetap. 
Rancangan ini disokong oleh penaja utama, Ogawa, dengan tajaan bersama dari Elegent Cosmetic dan rakan penaja, Centrum. Ia menghadirkan pasangan selebriti terkenal yang memiliki hubungan kekeluargaan atau persaudaraan, bersaing dalam tema yang berbeza setiap minggu. 
 
Hadiah kemenangan mingguan sebanyak RM10,000 menanti pemenang pada tujuh episod pertama. Di samping itu, mereka juga berpeluang untuk meraih hadiah utama sebanyak RM100,000 pada peringkat akhir! Pemarkahan pertandingan ini akan ditentukan oleh kombinasi penilaian juri tetap sebanyak 70%, disertai dengan undian dalam talian oleh penonton yang menyumbang sebanyak 30%. Famili Duo 

Musim 3 dengan slogan "Berduo Lebih Baik!" akan memulakan tayangan pada 15 Oktober 2023, setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran TV3, atau boleh disaksikan secara dalam talian (online) melalui laman web serta aplikasi Tonton. Rancangan ini dimeriahkan dengan penglibatan OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital serta Hot FM selaku Famili Radio. 


Senarai Peserta 
Musim ketiga ini membariskan penyanyi popular, pencipta kandungan sensasi dan pelawak, sebagai pasukan peserta yang akan memberikan warna unik kepada pertandingan. Mereka terdiri daripada :- 
 
1. Shila Amzah dan Syahir Amzah (adik-beradik) 
2. Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu) 
3. Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik) 
4. Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik) 
5. Fuad Rahman dan Tom (suami isteri) Identiti pasangan keenam hanya akan diumumkan semasa konsert minggu pertama yang akan ditayangkan pada 15 Oktober 2023. 

Cara Undi Setiap penonton boleh memberikan undian sebanyak 10 kali setiap minggu untuk pasangan duo kegemaran. Penonton yang melanggan TontonUP, bagaimanapun, mempunyai keistimewaan untuk membuat undian sebanyak 50 kali. 



Lagu Tugasan 
Minggu 1 
1. Shila Amzah dan Syahir Amzah - Menggegar Dunia (Stacy & Adam AF) 
2. Haqiem Rusli dan Ariff Bahran - Terhangat Di Pasaran (KRU & Adam) & Berdua Bersatu (Forteen) 3. Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi - Dikir Puteri (Noraniza Idris) 
4. Ryan Bakery dan Adam Bakery - Santai (Faizal Tahir) 
5.Fuad Rahman dan Tom - Tiada Lagi (Amy Search) 
6 . "K" & Suaminya (pasangan peserta yang masih dirahsiakan) - Ikan Dalam Kolam (Elcorona Gambus, Madena Music), Kopi Dangdut (Fahmi Shahab) & Dag Dig Dug (Haiza) 
 *Lagu tugasan akan dikemaskini pada setiap minggu. 

 Keputusan Markah Mingguan Peserta *Akan dikemaskini setiap minggu.

Famili Duo (2023)Tv3 Musim 3 :Senarai Peserta ,Lagu Tugasan ,Keputusan Mingguan Serta Cara Undian

 

Drama Luruhnya bunga cinta bakal berakhir pada 16 hb 2023 ini drama yang diadaptasi dari drama Autumn In My Heart ini hanya disiarkan sebanyak 20 episod dari jumlah episod sebenar iaitu 40 episod

 Kemungkinan akan disambung pada musim kedua tapi belum diketahui tarikh sebenar tayangan tersebut. drama yang bermula pada awal 10 tersebut merupakan sebuah kisah apabila dua orang bayi perempuan tertukar semasa kecil dan dijaga oleh kedua keluarga yang berbeza dari segi darjat yang mana hanya diketahui selepas beberapa tahun .

Janita dan Adita yang merupakan ibubapa kepada Nuha dan Nuh telah melahirkan anak keduanya iaitu nuha di hospital biasa yang mana disitulah bermula tragedi penukaran bayi perempuan mereka iaitu Nuha dan Aara,

Keduanya memiliki perwatakan yang berbeza kerana dibesarkan dalam keadaan keluarga tidak sama dimana Nuha dilihat lebih lembut dalam berbicara manakala Aara lebih kepada kasar. Kisah meraka berada dipuncak apabila Nuha telah jatuh hati terhadap abangnya yang pada mula beliau sendiri tidak tahu begitu juga Nuh yang merasakan perkara yang sama perkara ini telah diketahui oleh ibunya lalu telah dipertemukan meraka berdua semasa makan malam yang disediakan ibunya. 

 Bagaimanakah kesudahan ceritanya tunggu episod yang akan disiarkan di IQYI dan Tv3 Malaysia.

Drama Luruhnya Bunga Cinta Adaptasi Drama Korea Autumn In My Heart Episod Akhir 16 hb 2023 ini

 


#SepahtuReunionlivetour2023

Sepahtu Reunion Live 2023 Mulai 14 Jun 2023 setiap Khamis jam 9 malam di Astro Warna
Seperti tahun-tahun terdahulu, Sepahtu Reunion Live Tour 2023 adalah program sketsa komedi yang dipentaskan secara langsung di hadapan penonton di beberapa buah negeri Johor dan negeri laun 

Menguji kreativiti setiap pelawak, sketsa yang dipersembahkan dilakukan tanpa sebarang skrip dan setiap minggu selebriti jemputan dan cameo akan tampil secara mengejut bagi memeriahkan aksi spontan ini

Jangan ketinggalan menonton Sepahtu Reunion Live pada setiap Jumaat bermula malam ini, 9 malam di Astro Warna.

Untuk episod pertama, ia akan turut bersiaran langsung di saluran Astro Warna





Sepahtu Reunion Live Tour 2023 Kini Kembali

Biodata Redza Rosli.Seorang Pelakon kacak dan memiliki senyuman yang amat manis ini bernama Redza Rosli . Beliau terkenal dengan pelbagai drama lakonan beliau yang menjadi rebutan bagi stesen tv terutamnya Tv3. Di sebabkan ramai yang tanya mengenai Biodata Redza Rosli saya kongsikan sedikit tentang insan hebat yang bernama Redza Rosli ini.

Redza Rosli Ketika Menang Anugerah Drama Sangat sebagai pelakon lelaki popular 2023 (sumber instagram Redza Rosli)

Biodata Redza Rosli,pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta Ahmad Redza Bin Rosli atau digelar Redza Rosli beliau dilahirkan di selangor dan kini berusia dalam 31 tahun dilahirkan pada tanggal 18 Mac 1992 dan mempunyai 4 orang adik beradik semuanya. 

Redza merupakan pelakon yang meningkat naik dalam industri perfileman dan drama Malaysia dan merupkan seangkatan dengan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad Redza Rosli memulakan lakonan awalnya pada tahun 2009 pada ketika itu umur beliau 17 tahun,drama yang beliau lakonkan ketika itu adalah Kmelia Katrina tayangan Astro Ria ketika itu

Selepas itu, beliau berehat selama 4 tahun sebelum kembali semula dengan drama Tanah Merah pada tahun 2013 Pada tahun 2014 beliau mula membintangi dua drama tayangan Tv2 dan Tv3 yang bertajuk Lembayung Kasihmu dan Antidot Tahun seterunya beliau mencabar diri dengan membintangi lebih empat drama bermula dengan Silir Ksih,Stella,Puteri Bukan Nama Sebenar dan Maria. Drama yang membuat beliau makin dikenali pula adalah Terindah dan M.A.I.D yang mana drama tersebut cukup popular pada ketika itu yang turut dibintangi oleh Ayda Jebat dan Zul Arffin 

Nama yang semakin meningkat naik membuatkan beliau sentiasa menjadi pilihan pengarah bukan sekadar itu beliau juga turut mencetuskan fanomena sendiri melalui drama yang dibintangi seperti Leftenan zana,Meh sandar pada Aku,Kekasih Hati Mr Bodygurd Rindu terindah,Plan Cinta,Isteri Untuk Diiktiraf ,Misteri Mona,Seindah Takdir Cinta dan banyak lagi dan yang terbaru luruhnya bunga cinta yang sedang ditayangkan di tv3.

Pada 2023 beliau telah berjaya memenangi anugerah drama sangat sebagai Pelakon lelaki popular yang menjadikan setiap pengorbanan beliau tidak sia-sia dan dihargai.

Biodata Redza Rosli Pelakon Drama Luruhnya Bunga Cinta

adaptasi novel petrichor

Tonton drama bersiri My Famous Ex-Boyfriend diadaptasi daripada novel Petrichor hasil karya Nurul Syahida Kamarudin bakal ditayangkan dalam slot Megadrama di saluran Astro Ria. Drama arahan Hadith Omar, dibintangi oleh Hael Husaini, Qasrina Karim dan Nadhir Nasar. #myfamousexboyfriend

Judul:My Famous Ex Boyfriend
Tonton Full Episod: 1-24 
Tarikh Tayangan: 2023 
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam 
Rangkaian: Astro Ria 
Pengarah: Hadith Omar 
Produksi: iFabulous Art Media & Event 
Watak Pelakon: Hael Husaini sebagai Haque Zuhal Qasrina Karim sebagai Sameera Nadhir Nasar sebagai Jamie Jasmin Hamid sebagai Sofia Ryzal Jaafar sebagai Ned Nur Aisyah sebagai Dahlia Ahmad Nur Zaki Syuhaida Abraz Aleza Shadan 

Sinopsis My Famous Ex Boyfriend
Mengisahkan tentang Sameera yang menjadi kekasih kepada Haque Zuhal (hael Husaini) yang merupakan seorang  remaja menjadi kegilaan ramai wanita namun hubungan tersebut putus di tengah jalan. Selepas hampir 18 tahun Sameera terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan sehingga peristiwa hitam yang terjadi menggubah hidupnya..apakah yang terjadi seterusnya

Barisan Pelakon

Drama My Famous Ex Boyfriend Adaptasi Daripada Novel Petrichor

Tonton drama Tuhan Beri Aku Cinta arahan Feroz Kader akan disiarkan menerusi slot Widuri di TV1 mulai 1 Oktober ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 6:45 petang.

Judul; Tuhan Beri Aku Cinta
Tonton Full Episod: 1-13
Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2023
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Medyavizyon Sdn Bhd Watak

Pelakon :
Alya Iman sebagai Ayu
Azlee Khairi sebagai Syukri
Meor Mohd sebagai Zafran
Syafnida Shuhaimi sebagai Nadia
Fiza Thomas sebagai Ita
Zarina Zainuddin sebagai Dato Saadiah Mahmud Alibashah Fazlina Ahmad Daud Jasmin Hamid

Sinopsis Tuhan Beri Aku Cinta
Memaparkan kehidupan dan cinta manusia biasa. Ayu tinggal bersama dengan ayahnya. Ayu bekerja di rumah keluarga Syukri. Bapanya Pak Samad merupakan pemandu keluarga Syukri.

Barisan Pelakon

Drama Tuhan Beri Aku Cinta (Tv1) Slot Widuri

 

Tonton terbaru drama Siri Viu Original ‘From Saga With Love’ akan menemui anda bermula 21 September 2023, dengan 2 episod baru setiap hari Khamis. Drama bergenre romantik komedi ini diarahkan oleh Umi Salwana Omar, dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry. Muat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store dan Google Play.

Judul : From Saga With Love #fromsagawithlove
Full Episod : 1-10
Tarikh Tayangan di Viu : 21 September 2023
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Hadi M. Nor
Pengarah: Umie Salwana Omar
Produksi: Red Communications Sdn Bhd

Antara Watak Pelakon
Siti Khadijah Halim sebagai Karma
Sophia AlBarakbah sebagai Bianca
Fimie Don sebagai Bob
Ikmal Amry sebagai Sham
Vanidah Imran sebagai Kathy
Fatimah Abu Bakar sebagai Rozita
Zulin Aziz sebagai Suhaila
Sharifah Amani sebagai Fadhila
Zoey Rahman sebagai Zairin
Tiara Anchant sebagai Daisy
Alvin Wong sebagai Mr Wong
Fahmy Reza sebagai Abang Lan
Farid Azmer sebagai E-Hailing Driver

Sinopsis From Saga With Love
Mengisahkan tentang Karma, seorang influencer yang menipu untuk menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa bagi pelakon terkenal, Bianca Rozario semasa lawatannya di Saga, Jepun. Pelbagai usaha dan rancangan dilakukan oleh Karma agar rahsia berkaitan penipuannya terhadap Bianca tidak terbongkar.

Karma yang terikat dengan misi rahsia oleh Ibu Bianca serta impiannya ingin menjadi influencer terkenal membuat dia tetap meneruskan walaupun diganggu dengan kehadiran juruvideo Bianca, Bob serta seorang jejaka pendiam, Sham yang menambah masalah dan huru-hara kejadian di Saga.

Dapatkah Karma menyelesaikan tugas dengan berjaya atau rahsianya terbongkar? Adakah Bob serta Sham mempunyai perasaan hati terhadap Bianca?

Drama From Saga With Love Pelakon Sophia AlBarakbah,Fimie Don

 

Tonton drama bersiri 'Cik Misi 123' dibintangi oleh Adam Lee, Sweet Qismina, Hafreez Adam dan Bella Dally akan menemui penonton di Astro Prima.

Judul : Cik Misi 123 #cikmisi123
Episod: 30
Tarikh Tayangan: 2022
Rangkaian: Astro Prima slot Tiara
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Ariz Capital Production Sdn Bhd
Pelakon: Adam Lee, Sweet Qismina, Hafreez Adam, Bella Dally, Faizdickie, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Nick Naem, Mark Adam, Wan Sharmila, Najua Pramlee

Watak Pelakon

Adam Lee sebagai Mikail Danish 
Sweet Qismina sebagai Ratu Rohaya
Hafreez Adam sebagai Dr. Aish
Safwan Nazri sebagai Sufian
Nick Naem sebagai Jaafar
Afifah Nasir sebagai Umai
Mark Adam sebagai Harun
Faiz Dickie sebagai Baharuddin

Sinopsis Cik Misi 123

~ akan dikemaskini

Drama Cik Misi 123 Lakonan Adam Lee, Sweet Qismina

 

Tonton Drama bersiri Langkah Terakhir Pak Ngah akan disiarkan mulai 4 Oktober ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 6:45 petang di TV1.

Judu; Langkah Terakhir Pak Ngah
Full Episod: 1-8
Tarikh Tayangan: 4 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pengarah: Azeem Azarudin
Produksi: Nuansa Kreatif Sdn Bhd

Watak Pelakon
Rahim Omar sebagai Pak Ngah
Fadilah Mansor sebagai Mak Ngah
Zarynn Min sebagai Niza
Farra Wahida sebagai Juwita
Zarul Imran sebagai Khairy
Ikhlas Jalil sebagai Pak Ngah (Muda)
Nemo Cherpen sebagai Amy
Ewan Fauzi sebagai Kamal

Sinopsis Langkah Terakhir Pak Ngah

Pak Ngah, seorang lelaki separuh umur yang merupakan seorang pejuang seni muzik ghazal dan pakar permainan gambus di kawasan kampungnya. Dia amat bimbang tiada pewaris yang akan menyambung legasi seninya.

Drama Langkah Terakhir Pak Ngah Lakonan Rahim Omar,Fadilah Mansor

 

Tonton drama bersiri Malang Si Puteri akan datang di Astro Ria. Drama terbitan Radius One ini diarahkan oleh Uchee Fukada. Menampilkan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Malek Mccrone, Wan Raja, Fahrin Ahmad, Raja Azura dan ramai lagi.

Judu; Malang Si Puteri #malangsiputeri
Tonton Full Episod: 1-50
Tarikh Tayangan: 2023 
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Idea Asal: Shahrulezad Mohameddin
Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Uchee Fukada
Produksi: Radius One Sdn Bhd

Watak Pelakon

Fasha Sandha sebagai Puteri Raissa
Hafreez Adam sebagai Sulaiman
Malek Mccrone sebagai Johan
Wan Raja sebagai Arman
Aidit Noh sebagai Fatah
Fahrin Ahmad sebagai Zaki
Laila Nasir sebagai Saerah
Sahronizam Noor sebagai Ayah Leh
Ani Maiyuni sebagai Hanum
Raja Azura sebagai Cik Odah
Muaz Fitri sebagai Azlan
Rasya Dean sebagai Mastura
Melanie Tan sebagai Maria
Ziema Din sebagai Norma
Amylea sebagai Qalbu
Zarina Zainoordin sebagai Intan
Elly Suhaili sebagai Kak Yati
Putra Jalil sebagai Tariq
Elly Arifin sebagai Eddy
Ridhuan Shahabudin sebagai Basir

Sinopsis Malang Si Puteri

~ akan dikemaskini

Drama Malang Puteri Lakonan Fasha Sandha,Hafreez Adam


Tonton telemovie komedi romantik terbaru, Si Pencuri Kacak mulai 20 September di tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton.

Judul : Pencuri Kacak #pencurikacak
Tarikh Tayangan di Tonton: 20 September 2023
Penulis Skrip: Rina Khan
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: Saujana Dedikasi Sdn Bhd

Antara Barisan Pelakon
Ashraf Muslim sebagai Zahim
Reen Rahim sebagai Mira
Mark Adam sebagai Dean
Daniella Sya
Nabil Aqil
Watie Sadali
Camelia Natasya
Syamim Farid
Farisya Irwayu
Kamal Bakar
Ziana Zain

Sinopsis Drama Si Pencuri Kacak
Seorang novelis lelaki bernama Zahim (Ashraf Muslim) sangat kecewa dengan kegagalan novel pertamanya di pasaran. Namun, Dean (Mark Adam) telah mencadangkan agar Zahim menggunakan nama pena wanita, iaitu Zuraya Amri.

Zahim rasa tercabar apabila membaca komen-komen negatif oleh seorang Blogger, Mira (Reen Rahim) yang selalu menghentammnya di media sosial. Zahim mengambil keputusan mencuri semua novel Zuraya Amri di kedai buku milik Mira.

Malangnya, Zahim tertangkap dan terpaksa bekerja di kedai buku itu tanpa gaji demi mengelak ditangkap polis. Tetapi, apa yang paling menyukarkan adalah dia terpaksa menghadap Si Blogger yang cukup dibencinya itu selama sebulan!

Drama Si Pencuri Kacak

 

Tonton drama bersiri berjudul 'Haloba' terbitan Enuja Production diarahkan oleh Emi Suffian menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shiqin Kamal akan mengisi slot Samarinda di  TV3. 

JUDUL : Haloba #haloba

Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Idea Asal: Kent Tan
Penulis Skrip: Kent Tan & Chooi Keen
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Enuja Production Sdn Bhd
Pelakon: Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda Moin, Kazar Saisi, Zila Bakarin, Shah Iskandar, Izz Ilham, Syaffiq Sahli

Watak Pelakon

Aiman Hakim Ridza sebagai Raif
Sherry Ibrahim sebagai Aliya
Shiqin Kamal sebagai Misha
Ieda Moin sebagai Kak Zura
Shah Iskandar sebagai Taufik
Izz Ilham sebagai Adam

Sinopsis Haloba

Mengisahkan Erina yang pulang dari luar negara berusaha merampas kebahagian daripada rumahtangga Raif yang mempunyai dua orang isteri dan seorang anak tunggal. Mampukah dia menggantikan kedudukan dua orang isteri yang taat setia pada Raif? 

Pada hari pertama bekerja di syarikat Asia Dinamik, Rina telah menyinggung perasaan Alia dihadapan lembaga pengarah. Semenjak peristiwa itu dia dibuli dengan bebanan kerja dan dimalukan dengan gurauan melampau. Dengan bantuan Misha, Rina dipanggil semula bekerja dan Raif berpuas hati dengan kerja Rina. Hubungan Raif dan Rina juga semakin mesra. 

Hubungan mesra Raif dan Erina telah mendapat perhatian media, pihak media cuba mendapatkan kepastian daripada Alia dan Misha sama ada mereka setuju untuk menerima Rina sebagai isteri ketiga Raif. Atas keizinan Misha, Raif dibenarkan berkahwin dengan Rina tapi dalam masa yang sama Raif marah apabila mengetahui hubungan Alia dan Taufik. Namun Alia masih menyimpan dendam terhadap Misha dan menyusun strateginya.

Promo Drama Haloba



Drama Haloba Lakonan Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir