Tonton drama bersiri Pewaris Cinta di slot Tiara menerusi saluran Astro Ria (saluran 104), mulai 22 Januari 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6:00 petang. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd dibintangi oleh Fezrul Khan dan Rita Nadira.

Judul: Pewaris Cinta #pewariscinta
Tonton Full Episod: 1-50
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Ria & Astro GO
Pengarah: Emi Sufian
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Rita Nadira sebagai Dylea
Fezrul Khan sebagai Zaheem
Fauziah Latiff sebagai Anita
Kartina Aziz sebagai Rosemaria
Kash Haiqal sebagai Iman
Jabir Meftah sebagai Dhani
Mas Anizan sebagai Laila
Bima Samudra sebagai Farihin
Zamarul Hisham sebagai Zahiril
Mubarak Majid sebagai Adnan
Rosnah Johari sebagai Khadijah
Putri Dellyna sebagai Ivy

Promo Pewaris Cinta



OST Pewaris Cinta
Tajuk: Mencintaimu
Penyanyi: Fauziah Latiff
Komposer: Sharon Paul
Lirik: Rozi Abdul Razak, Marr Mohamad

Sinopsis Pewaris Cinta
Pencarian seorang pewaris sebuah empayar milik Rosemaria menemukan dua hati, Dylea gadis angkuh dan Zaheem, pemuda kampung yang serba sederhana. Namun, pencarian itu membuka ruang dendam, amarah, ketamakan dan kerakusan Anita hingga menyingkap rahsia gelap keluarga Rosemaria. Apa akan terjadi?

Drama Pewaris Cinta Lakonan Rita Nadira,Fezrul Khan

 

Tonton drama Menanti Senja bakal bersiaran di slot Samarinda TV3. Drama 15 episod terbitan Anomali Media & Production diarahkan oleh Faizal Nadxaman. Dibintangi oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Johan As'ari, Trisha Ooi, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Judul: Menanti Senja #Menantisenja
Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: Januari 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Shaza Talib
Pengarah: Faizal Nadxaman
Produksi: Anomali Media & Production

Watak Pelakon
Faizal Hussein sebagai Kamal
Johan As'ari sebagai Syukri
Trisha Ooi sebagai Sarah Adina
Hawra Jamalullail sebagai Suhana
Kodi Rasheed sebagai Zaki
Sherie Merlis
Khatijah Tan
Hazeeq Dean
Natasya Mahyan
Syahmie Thsaqeef

Sinopsis Menanti Senja
Kisah tentang kasih sayang ayah terhadap anaknya.Kehidupan Syukri yang sederhana menjadi bahagia selepas berkahwin dengan Sarah dan dikurniakan seorang anak perempuan. Perkahwinan mereka tidak direstui oleh bapa Sarah

Para Pelakon Drama Menanti Senja

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Menanti Senja Lakonan Faizal Hussein,Johan As'ari

 


Tonton drama bersiri Kau vs Aku musim 2 menampilkan lakonan Shasha Abedul, Din
i Schatzmann, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Judul; Kau vs Aku 2 #kauvsaku2
Episod:15
Tarikh Tayangan: 10 Jan 2024
Rangkaian: Astro
Penulis Skrip: Anwar Hadi, Suzanne Ong
Pengarah: Shamyl, Khairi Anwar, Afiza Asram
Produksi: Red Communications

Watak Pelakon
Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
Mia Sara Shauki sebagai Shanina
Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)
Imran Aqil sebagai Ashraf
Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin
Arash Mohamad sebagai Encik Ridhuan
Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda
Yuna Rahim
Nabil Aqil

Sinopsis Kau vs Aku 2
~ akan dikemaskini

Para Pelakon Kau vs Aku 2


Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Kau Vs Aku 2 Lakonan Shasha Abedul,Dini Schatzmann

 

totnon full drama bersiri Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah diinspirasikan daripada novel Aku Cinta Dia karya novelis Sharifah Abu Salem akan datang di slot Akasia TV3.

Judul: Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah #cintabersemidiwadisafiyyah
Tonton Full Episod:1- 28
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Rita Nadira sebagai Dania
Aniq Suhair sebagai Iqbal
Aidit Noh sebagai Qabil
Zamarul Hisham sebagai Safuan
Mas Anizan sebagai Kayra
Ezany Nizariff sebagai Hussin
Azza Elite sebagai Hajah Maryam
Serene Claire sebagai Julia
Nafiez Zaidi sebagai Ustaz Affan
Lydiawati sebagai Hajah Syafiyyah
Zulkifli Ismail sebagai Haji Mukri
Iman Aneesa sebagai Umairah
Natasha Azizan sebagai Sheera
Putri Dellyna sebagai Sofea
Ikhram Juhari sebagai Bakri
Mosen Nadzli sebagai Ustaz Syaqir

Sinopsis Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah
Dania, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasul-nya terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.

Promo Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah 



Para Pelakon Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Lakonan Rita Nadira,Zamarul Hisham

 


Nantikan drama bersiri Layang Layang Perkahwinan diarahkan oleh Eyra Rahman menampilkan Shukri Yahaya dan Ezzanie Jasny sebagai pelakon utama. Layang Layang Perkahwinan bersiaran mulai 8 Januari 2024, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot MegaDrama Astro Ria.

JUDU:Layang-Layang Perkahwinan #layanglayangperkahwinan
Tonton Full Episod: 1-28
Tarikh Tayangan: 8 Januari 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:0 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Penulis Skrip: Oka Aurora
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: iFame (iFabulous Art Media & Event)

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Azim
Ezzanie Jasny sebagai Saida Amanda
Keith Foo sebagai Ammar
Alya Iman sebagai Tsuraya
Nina Juren sebagai Leili
Haidar Hasanudin sebagai Arjuna
Natasha Elyzza sebagai Nur Maya
Arash Mohd
Lisdawati
Aishah Ilias
Aidan Razeen
Kenji Sawahii
Zaid Erakad

Sinopsis Layang Layang Perkahwinan
~ akan dikemaskini


Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Layang Layang Perkahwinan Lakonan Shukri Yahaya,Ezzanie Jasny

Nantikan siri drama terbitan Kl Motion Picture, 'Yang Tahu Je Tahu' arahan Wan Hasliza Zainudin akan disiarkan bermula 22 Disember, setiap Jumaat, 8:30 malam di Astro Ria dan Astro Go.

Judul : Yang Tahu Je Tahu #yangtahujetahu
Tonton Full Episod: 1-8
Tarikh Tayangan: 22 Disember 2023
Waktu Siaran: Jumaat, 8:30 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro Go
Pengarah: Wan Hasliza Zainudin & Rashidi Ishak
Produksi: Kl Motion Picture Sdn Bhd

Watak Pelakon
Areef Amran sebagai Borhan
Arabella sebagai Safira
Idan Aedan sebagai Adi
Darien Aeldra sebagai Marzuki
Wafiy Aan sebagaai Harris
Shania Hendriks sebagai Elisa
Zanith Zalikha sebagai Kartina
Asyiqeen Rozlan sebagai Jannah
Farhana Fahizam sebagai Murni
Kim Azzim sebagai Haikal
Zack Aiman sebagai Zamani
Hawa Rizwana sebagai Hana
Jenjooz
Elyana
Amyza Aznan
Rashidi Ishak
Idzham Ismail
Haeriyanto Hassan

Sinopsis Yang Tahu Je Tahu
Kes cubaan bunuh diri oleh Burhan yang berusia 17 tahun, hanyalah satu helah bagi menutupi sebuah jenayah yang dilakukan oleh rakan-rakannya. Seorang pelajar bernama Haris dituduh sebagai pelaku utama tetapi, polis merasakan kes ini melibatkan lebih dari seorang pesalah. Namun, dek kekurangan bukti, pihak polis menghadapi kesukaran bagi mencari siapa lagi yang terlibat dalam jenayah ini. Ditambah pula dengan janji setia penjenayah, biar apa pun yang terjadi, tidak akan menyerahkan nama satu sama lain.

Drama Yang Tahu Je Tahu Lakonan Areef Amran,Arabella

 


Saksikan drama adaptasi novel 'Cempaka Melati' karya Zahida Zarkasi disiarkan setiap Isnin dan Selasa mulai 12 Disember 2023 pukul 8:00 malam ini di TV2 atau strim melalui RTMKlik.

JUDUL : Cempaka Melati #Cempakamelati
Tonton Full Episod: 1-26
Tarikh Tayangan: 12 Disember 2023
Waktu Siaran: Isnin & Selasa, 8:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Novel: Zahida Zarkasi
Penulis Skrip: Sofia J Rhyland
Pengarah: Amirul Fadhli
Produksi: Nusantara Seni Karya

Watak Pelakon
Sharifah Husna sebagai Melati
Azrel Ismail sebagai Zhariff
Syafie Naswip sebagai Addin
Eizlan Yusof
Zarynn Min
Dian P Ramlee
Kuza Muzani
Jasmin Hamid
Kay Maria
Fathil Dani

Sinopsis Cempaka Melati

Cempaka Melati bekerja di sebuah tempat peranginan dan sejak kebelakangan ini sering mengalami kejadian misteri seperti namanya dipanggil, ternampak kelibat rakan sekerjanya secara misteri serta mimpi-mimpi aneh. Bukan sahaja itu, kini bekas teman lelakinya, Addin muncul bersama isterinya, Hana di tempat peranginan itu untuk berbulan madu. Namun Melati mengelakkan diri kerana dia enggan mengingati memori bersama lelaki itu.

Melati banyak menerima hadiah daripada pengirim misteri. Pada masa yang sama, Addin cuba untuk mendekati Melati. Walaupun sudah beristeri, Addin masih menaruh harapan terhadap Melati. Rupa-rupanya Addin tidak tahu sebab sebenar Mel putus dengan dia dulu. Dalam pada itu, gerak-geri Melati diperhatikan oleh seorang jejaka kacak bernama Zhariff.

Kehadiran Zhariff mula menarik perhatian Melati. Yang peliknya, tiada seorang pun kawan-kawan Melati yang pernah nampak jejaka tersebut. Hana pula mula syak Addin ada sesuatu dengan Melati.

Sinopsis Novel Cempaka Melati

Kerana sebuah kisah yang melukakan, Cempaka cipta ‘syurga’ baru di Pulau Pangkor. Tetapi kemunculan dua orang lelaki telah merosakkan kedamaiannya.

Addin, cinta pertamanya datang bersama kisah lama.
Zhariff, lelaki yang penuh misteri muncul membawa harapan baru.

Sejarah hidupnya turut menjadi perhatian hingga membuatkan Cempaka terpaksa menjejaki rahsia keluarga yang selama ini disimpan rapi oleh arwah opahnya.

Cempaka berharap akan menemui jawapan namun sebaliknya makin banyak persoalan yang muncul hingga buat dia hampir berputus asa. Zhariff datang menghulur bantuan namun kemelut yang melanda makin membingungkan.

Mampukah Cempaka menerima segala kebenaran yang terbongkar?

Drama Cempaka Melati lakonan Sharifah Husna,Syafie Naswip

 



Tonton drama adaptasi novel Hati Tercarik Luka karya Aida Asmida akan datang di slot Samarinda TV3. Drama terbitan Creative Skill Solution dibawah arahan Emi Suffian dan skrip oleh Nieza Nahar. Mengandingkan Zara Zya dan Syarul Ezani sebagai pelakon utama.

Judul: Judul Hati Tercarik Luka #hatitercarikluka
Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 20 Disember 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zara Zya sebagai Eyda Amanda
Syarul Ezani sebagai Dani Zairie
Fizo Omar sebagai Rykal
Mia Nasir sebagai Anies
Ryun sebagai Maya Maria
Jasmin Hamid sebagai Puan Safina
Aleza Shadan sebagai Hajah Ummi
Haeriyanto Hassan
Halim Radzi

Sinopsis Hati Tercarik Luka
Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, akhirnya mahligai bahagia terbina jua. Eyda Amanda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani Zairie akan kekal abadi selagi hayatnya. Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Badai melanda lantaran kehadiran orang ketiga.

Dani Zairie tidak pernah berubah. Jejaka macho dengan trademark playboy ini mudah hanyut dalam pujuk rayu perempuan-perempuan yang menggilainya. Sehingga akhirnya, Eyda Amanda terpaksa mempertaruhkan nyawa hidup di sisi Dani Zairie. Lantaran amalan ilmu hitam, perempuan sihir yang terlalu obses untuk memiliki Dani Zairie separuh nyawa.
“Ingat Eyda! Sekali kau melangkah pergi. Akan aku pastikan kau kembali melutut ke pangkuanku lagi! Aku bersumpah tujuh keturunan kau tak akan hidup senang!” – Dani Zairie

“Demi ALLAH! Dunia akhirat aku akan menunggu setiap detik dan waktu saat pembalasan dan pengadilan ALLAH terhadap kau, Dani. Biarpun aku tidak mampu membalas dengan kudratku atas segala kekejaman dan kezaliman kau. Namun, aku pasrah dan berserah serta yakin bahawa suatu saat dan ketika, pasti balasan ALLAH akan kau terima di dunia atau di akhirat nanti!” – Eyda Amanda

“Hei perempuan! Kau dengar sini baik-baik! Kau menangis air mata darah sekalipun, kau takkan dapat balik laki kau! Ha! Ha! Ha!” – Maya Maria

Pengorbanan cinta Eyda Amanda hanya sia-sia. Percintaan yang tiada penghujungnya. Lantaran perbuatan durjana syaitan bertopengkan manusia. Permainan cinta dan kecurangan Dani Zairie akhirnya mencetuskan derita dan sengsara buat Eyda Amanda.

Di mana noktah kehidupan yang harus Eyda Amanda tempuhi? Mampukah Eyda Amanda mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Dani Zairie? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka?

Para Pelakon Hati Tercarik Luka


Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Hati Tercarik Luka Adaptasi Novel Lakonan Zara Zya,Syarul Ezani

 


Kini kembali dengan musim baru The Masked Singer Malaysia dengan tagline "Siapa di sebalik topeng?" kembali lagi. Siaran langsung/ live The Masked Singer Malaysia 4, musim keempat (4) 2023/ 2024 akan bersiaran langsung mulai 17 Disember 2023, setiap hari Ahad jam 9:00 malam menerusi saluran 107, Astro Warna dan strim online di Astro GO.

The Masked Singer Malaysia (TMSMY)

Sebuah rancangan televisyen realiti muzik misteri Malaysia yang diinspirasikan daripada sebuah program rancangan TV realiti Korea Selatan iaitu King of Mask Singer oleh Munhwa Broadcasting Corporation.

Hos/ pengacara dan senarai juri

The Masked Singer Malaysia (TMSMY) 4 akan berlangsung selama 10 minggu bertempat di CIBD Convention Center Kuala Lumpur yang masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai hos.

Manakala juri tetap yang melibatkan sembilan orang personaliti dibarisi oleh Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah.

Senarai peserta The Masked Singer Malaysia (TMSMY) 4

Seramai 14 peserta selebriti bakal bersaingan dalam program The Masked Singer Malaysia 4 ini yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen, atlet sukan serta pempengaruh media sosial.

Kostum peserta The Masked Singer 4 dinaik taraf dengan menyelitkan elemen flora, fauna dan kepelbagaian makanan tempatan Malaysia dengan 14 kostum yang unik.

Musang
Sang kancil
Putera katak
Mat helang
Abang jagung
Roti john
Bawang putih
Kak cat
Ikan emas
Teratai
Bunga matahari
Pom pom kin
Biskut aiskrim
Cili padi


Buat pertama kalinya juga program ini akan memperkenalkan pasangan duo iaitu kostum cili padi dan roti john.

SIARAN LANGSUNG THE MASKED SINGER MALAYSIA 4
Mula siaran : 17 Disember 2023
Waktu siaran : Ahad, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Warna HD (CH107)

Senarai lagu dan keputusan mingguan

Minggu 1 : 17 Disember 2023
  1. Musang
  2. Sang kancil
  3. Putera katak
  4. Mat helang
  5. Abang jagung
  6. Roti john
  7. Bawang putih
  8. Kak cat
  9. Ikan emas
  10. Teratai
  11. Bunga matahari
  12. Pom pom kin
  13. Biskut aiskrim
  14. Cili padi

Peserta tersingkir :

*akan dikemaskini dari masa ke semasa

Pelanggan Astro boleh menonton The Masked Singer Malaysia musim 4 mulai 17 Disember 2023, setiap Ahad, jam 9.00 malam di saluran 107, Astro Warna dan juga distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

The Masked Singer Malaysia Musim 4 (2023) Senarai Peserta Dan Pemenang

 

Nantikan filem Anak Perjanjian Syaitan 2 arahan Dr Ahmad Idham menampilkan lakonan Alif Satar, Eyka Farhana dan Fasha Sandha di pawagam mulai 4 Januari 2024.

JUDUL : Anak Perjanjian Syaitan 2
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 4 Januari 2023
Penulis Skrip: Dr Ahmad Idham
Pengarah: Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri
Produksi: Grand Brilliance Studio xxx Primeworks Studios

Watak Pelakon

Eyka Farhana sebagai Azlinda
Alif Satar sebagai Ustaz Taha
Fasha Sandha sebagai Ustazah Jamilah
Azizah Mahzan
Azlan Komeng
Dian P Ramlee
Shaharuddin Thamby
Nadzmi Adhwa
Chacha Maembong
Sera Melissa
Elly Arifin

Sinopsis Anak Perjanjian Syaitan 2
Mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita muda bernama Azlinda (Eyka Farhana) dalam perjuangannya menentang pertarungan mistik yang menghantuinya sejak kecil. Walaupun Azlinda telah didiagnosis secara medikal dengan penyakit “anxiety disorder”, dia yakin bahawa gangguan yang menghantuinya sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya, sehinggakan bapanya tidak sanggup lagi untuk membesarkan Azlinda dan tekad menyerahkan Azlinda ke pusat kebajikan. Mampukah Azlinda melawan perjanjian malapetaka yang telah menjadi sebahagian dari darah dagingnya, atau adakah dia akan terus hidup dalam kegelapan sepanjang hayatnya?

Movie Anak Perjanjian Syaitan 2

 

Nantikan ‘Beautiful Love Revenge’, sebuah drama rantaian baharu Astro Ria yang diadaptasi dari novel percintaan dengan tajuk yang sama, karya penulis Wannie Nordin. Siri drama ini berkisarkan tentang keindahan cinta Ammara dan Noah, disebabkan bekas suaminya Farid, hubungan mereka diuji.

Drama percintaan penuh rintangan ini diilhamkan oleh pengarah Jamal Khan menerusi terbitan SUHAN Movies & Trading yang membariskan pelakon-pelakon tempatan termasuk Harissa Adlynn, Luqman Hafidz dan Daniel Fong yang bertanggungjawab selaku teraju utama.

‘Beautiful Love Revenge’ mula bersiaran pada 1 November di slot DramaVaganza, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.


JUDUL: Beautiful Love Revenge
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: 1 November 2023
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO
Penulis Novel: Wannie Nordin
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: Suhan Movies & Trading

Watak Pelakon
Harissa Adlynn sebagai Ammara Sofea
Daniel Fong sebagai Noah Faeq
Luqman Hafidz sebagai Farid
Jihaa Sham sebagai Aina
Syafi Tee sebagai Ariel
Maria Farida sebagai Maria
Mikael Noah sebagai Aidaan
Heidi Nur Aleesya sebagai Aafia
Aljeffri Sherry sebagai Nanny
Nizam Kama sebagai Halim
Firdaus Ghufran sebagai Izmal

Sinopsis Beautiful Love Revenge
Merungkai kisah perkahwinan bahagia Ammara bersama Farid yang berakhir di pertengahan jalan apabila Ammara ditinggalkan akibat kehadiran orang baharu di dalam kehidupan Farid. Ammara diceraikan ketika sambutan ulang tahun perkahwinan ke-10 mereka dan ditinggalkan bersama dua orang anak tanpa tempat untuk bergantung. Dalam keadaan tidak menentu, Ammara secara tidak sengaja telah melanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh Noah, seorang jejaka tampan yang pada akhinrya telah menyimpan perasaan terhadap Ammara.

Kisah percintaan Ammara dan Noah membawa ke alam perkahwinan namun ditentang Farid, bekas suami kepada Ammara. Kehidupan Ammara dan Noah semakin mencabar apabila Farid merencana untuk membalas dendam terhadap Noah dengan satu kemalangan jalan raya. Mampukah Ammara kembali bersama Noah? Segalanya bakal terjawab menerusi drama ini.

Sinopsis Novel Beautiful Love Revenge
Cinta itu ada tarikh luputnya. Rindu itu ada penghujungnya dan dendam itu ada batasnya.

Sekuat mana pun kau cuba membunuh sebuah perasaan dendam, akan tetap ada seseorang dari masa lalu cuba menghancurkan keindahan sebuah cinta.

Beria-ia Ammara hendak menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-10, namun tanpa belas kasihan Ammara diceraikan begitu sahaja. Alasannya? No more spark! Tak sangka hubungan suami isteri itu mempunyai expired date. Farid memang jantan tak guna!

Ah, sebenarnya bukan mereka tidak serasi atau sehaluan, tetapi haluan hidup Farid yang sudah berubah gara-gara kehadiran Maria yang lebih seksi, bergaya, kaya, tetapi hipokrit!

Mujurlah Noah sentiasa ada di saat dia memerlukan. Noahlah bos, Noahlah hero, penyelamat, pelindung dan Noah adalah lelaki berwajah ketat yang selalu acah-acah bossy, tetapi sebenarnya over protective.

“Err… bos, encik…” - AMMARA

“Kejap bos, kejap encik… you sendiri tak tahu nak panggil I apa. Mungkin itu tandanya you kena panggil I darling,” - NOAH

Bila perkara sebenar terbongkar, barulah Ammara tahu dan faham apa hubungan di antara Noah, Farid dan Maria. Dia pula tersepit di antara jalan nak move on, lupakan saja Noah atau terima dia sebagai suami.

Mampukah Noah dan Ammara mencari cinta abadi sedangkan manusia toksik seperti Farid dan Maria masih menjadi musuh dalam selimut?

Bagaimana dengan Maria dan Farid? Relakah melihat orang yang disayangi dan yang pernah dicintai bahagia selamanya?

“You tak payah ajar I macam mana cara nak jadi isteri dia. Kalau you bagus sangat, tak mungkin Farid ceraikan you dan pilih I.” - MARIA

Yang pastinya hubungan Ammara, Noah, Farid dan Maria memang berselirat dan rare!

Antara hidup dan mati, hubungan mereka seperti menggenggam bara api. Mahu terbakar bersama, namun dalam masa yang sama, mahu lari menjauh agar tidak terluka lagi.

This could be the most beautiful revenge ever!

Drama Beautiful Love Revenge Lakonan Harissa Adlynn,Daniel Fong

 


Nantikan drama komedi terbitan Rumah Karya Citra bertajuk 'Kami Orang KL' bakal bersiaran bermula 30 November 2023, setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam di TV3 dan juga strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my.

JUDUL : Kami Orang KL #kamiorangkl
Tonton Full Episod:1- 15
Tarikh Tayangan: 30 November 2023
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Eirma Fatima
Pengarah: Nur Ain Sharif
Produksi: Rumah Karya Citra

Lagu Tema
Tajuk: Kong Kali Kong
Penyanyi: Floor 88 x Namie

Watak Pelakon
Ropie sebagai Hussein
Liza Abdullah sebagai Rafeah
Amyza Aznan sebagai Cik Dah
Andi Bernadee sebagai Iqmal
Afifah Nasir sebagai Kamsiah
Razmansyah sebagai Hassan
Scha Elinnea sebagai Faizah
Maria Farida sebagai Kartina
Husna Mustafa sebagai Haiza

Sinopsis Kami Orang KL
Mahmood menawarkan kakaknya, Rafeah (Liza Abdullah) untuk menduduki rumahnya di KL (Kuala Lumpur). Rafeah sekeluarga kelihatan sangat teruja untuk berpindah kerana sering berangan ingin menjadi orang KL. Berjayakah mereka sekeluarga menyesuaikan diri di KL?

Keluarga Rafeah yang tidak pernah menetap di KL sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila Rafeah berlagak seperti orang kaya, manakala suaminya Hussein (Ropie), yang merupakan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) surau di kampung, berlagak seperti pemimpin. Sifat Hussein yang suka menegur hampir semua penduduk kawasan perumahan tentang perkara yang tidak disukainya membuatkan penduduk sekitar kurang senang dengan perangainya terutama Cik Dah (Amyza Aznan).

Keriuhan berterusan apabila anak-anak Rafeah juga berangan untuk mencapai impian mereka apabila tiba di KL. Hassan (Razmansyah), anak lelaki kepada Rafeah, ingin menjadi penyanyi terkenal, manakala anak perempuanya pula, Kamsiah (Afifah Nasir) memasang impian untuk menjadi pempengaruh yang berjaya di media sosial. Tanpa diduga, Kamsiah semakin popular dan menerima banyak tawaran review produk sehingga membuatkan Hassan cemburu dengan kejayaan kakaknya itu. Apakah yang akan dilakukan Hassan untuk merealisasikan impiannya menjadi penyanyi terkenal? Adakah kehadiran Rafeah sekeluarga akan mengundang lebih ketidaksenangan kepada jiran tetangga?

Drama Kami Orang KL Lakonan Ropie,Liza Abdullah