Tonton drama adaptasi novel 'Alamak Lagi-Lagi Dia' karya Mazni Aznita akan disiarkan di saluran RTM. Menampilkan gandingan pelakon utama Wafariena Roslan, Iman Zulkarnain dan Hariz Hamdan. Diarahkan oleh Amor Rizan.

JUDUL : ALAMAK LAGI-LAGI DIA
Tonton FUll EPISOD : 1-30
TARIKH TAYANGAN : -
WAKTU SIARAN : -
RANGKAIAN : RTM
PENULIS NOVEL : Mazni Aznita
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : AN Universal Sdn Bhd

PELAKON
Wafariena Roslan sebagai Syafika (Cika)
Iman Zulkarnain sebagai Nadim Imran
Hariz Hamdan sebagai Idham Hariz
Nazzaty Rusli sebagai Gina
Alia Zekri sebagai Puan Bahyah
Ikhlas Jalil sebagai Bakri (Ubek)
Jaafar Onn sebagai Dato Fakri
Shaharuddin Thamby sebagai Tan Sri Jabbar
Amy Nur Tinie sebagai Naomi
Hasnol sebagai Tuan Aziz
Sazrin Aizul sebagai Zack
Anne Ngasri sebagai Marcella
Syel Ramlan sebagai Puan Aisyah
Ewan Fauzi sebagai Zain
Sri Idrina sebagai Ziana
Darling Ngasri sebagai Sally

SINOPSIS ALAMAK LAGI-LAGI DIA
The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati. 

Kes silap masuk khemah di tempat memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta. 

Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan?

Drama Alamak Lagi-Lagi Dia

 


Filem aksi blockbuster terlaris Polis Evo kembali untuk melengkapkan triloginya, POLIS EVO 3 yang akan menemui penonton di seluruh pawagam seluruh Malaysia, Singapura, Brunei bermula 25 Mei ini! Polis Evo 3 mengembalikan tunggak utama Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai. ‘Keluarga Polis Evo’ juga bertambah besar apabila disertai nama-nama hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Lebih menarik, Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial Zukieeeee. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa oleh Dato’ Afdlin Shauki yang pasti mencuit hati.

Bermula dengan filem Polis Evo (2015) yang meraih kutipan RM18juta dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan RM25juta, ia memperlihatkan keupayaan dan garapan berbeza oleh pengarah-pengarah dengan kaliber tersendiri. Polis Evo diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Polis Evo 2 diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew dan untuk Polis Evo 3 kali ini, pengarah filem pecah panggung, Syafiq Yusof mengambil tugas untuk menghasilkan sebuah lagi karya yang bakal menjadi ikonik. Mereka ini adalah pengarah muda berbakat besar. Dihasilkan rumah produksi BlackFlag, buat pertama kalinya juga filem Polis Evo melibatkan gabungan tiga penerbit besar Malaysia iaitu Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures.

Lagu Tema Filem (OST) Lagu bertajuk “AYUH” merupakan lagu ciptaan oleh komposer legenda rap terkenal, Malique atau turut dikenali sebagai Mr General di kalangan peminatnya. Turut ditulis Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, ‘Ayuh’ dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri. Lagu yang berentak ‘up beat’ ini mampu mengajak semua peminat untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya dari mula hingga ke minit terakhir. Ini merupakan kemunculan pertama nyanyian Malique selepas enam tahun tidak merakam lagu.

JUDU:  Polis Evo 3 #polisevo3 #filempolisevo3 
Genre: Aksi / Komedi
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2023
Skrip: Kyle Goonting, Joel Soh, Abhilash Chandra, Bernice Low, Anwari Asraf
Pengarah: Syafiq Yusof
Dipersembahkan: Astro Shaw, Skop Productions, TGV Pictures
Syarikat Produksi: BlackFlag

Watak Pelakon
Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai
Zizan Razak sebagai Inspektor Sani
Sharnaaz Ahmad sebagai Reza
Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani
Fara Ali Khan sebagai Inspektor Julie
Douglas Lim sebagai Inspektor Dell
Nora Danish sebagai Anis
Eyka Farhana sebagai Yati
Fauzi Nawawi sebagai ACP Farouk
Fezrul Khan sebagai Inspektor Faizal

Sinopsis Polis Evo 3
Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Promo Polis Evo 3


Filem Polis Evo 3

 


Tonton Telefilem Dania lakonan Aedy Ashraf, Puteri Balqis dan Fezrul Khan pada hari ahad ini, pukul 9 malam TV3.

Judul : Dania #dania
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Siaran : TV3
Tayangan : 23 Oktober 2022
Masa : Ahad | 9.00 Malam
Pelakon : Aedy Ashraf, Puteri Balqis, Fezrul Khan, Aida Aris, Nafiez Zaidi

Sinopsis Telefilem Dania 

Dania seorang remaja yang suka menyendiri dan rakan sekelasnya sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial. Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. 

Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu. 

Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania. Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan.

Sebuah kisah perjuangan seorang gadis yang mahu haknya terbela, mampukah Dania mempertahankan maruahnya?

Telefilem Dania Lakonan Aedy Ashraf,Puteri Balqis

 


Tonton drama adaptasi novel Bukan Hanya Sekadar Cinta Full Episod karya Emma Mariam akan menemui penonton di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod ini merupakan terbitan A. Aida Production dan diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Ismail Izzani dan Sofia Dendroff sebagai pelakon utama.

JUDUL : Bukan Hanya Sekadar Cinta #bukanhanyasekadarcinta
Tonton Full Episod: 1-28
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Setiap hari 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Penulis Novel: Emma Mariam 
Penulis Skrip: Rehal Nuharis
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ismail Izzani sebagai Isa Rafael
Sofia Dendroff sebagai Indah Kamelia
Muaz zabir sebagai Ilan Rafzal
Daniella Sya sebagai Anne
Syamim Farid sebagai Lisa
Liza Abdullah sebagai Dahlia
Hafizuddin sebagai Datuk Razman
Aleza Shadan sebagai Datin Rafika
Dian P. Ramlee sebagai Zulaikha / Lee Mei Xiang
Afifah Nasir sebagai Fatimah
Izzendra sebagai Jannah
Laura Olivia sebagai Khadeeja

Promo drama Bukan Hanya Sekadar Cinta


Sinopsis Bukan Hanya Sekadar Cinta

Kerana kata putus daripada Ilan Rafzal, Kamelia bertemu dengan Isa Rafael di Hong Kong. Seorang lelaki bisu dan pekak yang penuh misteri.

Awak boleh luahkan apa yang ada dalam hati awak tu. Saya akan jadi ‘pendengar’ setia awak. - Isa Rafael.

Buku nota menjadi perantara mereka. Setiap luahan Kamelia, Isa Rafael ‘dengar’ dengan penuh setia.

Sesuatu terjadi dan Kamelia terpaksa bergegas kembali ke Malaysia. Meninggalkan Isa Rafael tanpa sebarang nota. Namun, di Malaysia, yang menanti Kamelia adalah sebuah perkahwinan rahsia, bersama seorang lelaki asing yang akan menggantikan tempat Ilan Rafzal.

Isa Rafael, lelaki yang tidak pernah pekak atau bisu!

“Siapa awak yang berdiri di hadapan saya sekarang ni dan siapa yang bersama saya semasa di Hong Kong hari tu?” - Kamelia.

Dicintai dua lelaki berbeza adalah biasa, namun dicintai dua bersaudara membuatkan Kamelia dalam dilema. Banyak hati yang perlu dijaga.

Isa Rafael, suami yang semanis cotton candy.

Ilan Rafzal, bekas tunang yang menghadiahkan kenangan sepahit espreso.
Sesungguhnya kisah kita bukan hanya sekadar cinta, tetapi tentang percaya dan setia.

Para Pelakon 
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Lakonan Ismail Izzani,Sofia Dendroff

 


Tonton drama seram komedi 'Bang Maznah Datang' dibintangi oleh Fasha Sandha, Azhan Rani, Hariz Hamdan, Kazar Saisi dan ramai lagi akan datang di Awesome TV.

Judul : Bang Maznah Datang
Tonton Full Episod: 1-13
Tarikh Tayangan: 2023
Rangkaian: Awesome TV
Pengarah: Hashim Rejab
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Pelakon: Fasha Sandha, Azhan Rani, Kazar Saisi, Nazia Mustafar, Zaidi Omar, Hariz Hamdan, Zarina Zainuddin

Sinopsis Bang Maznah Datang
~ akan dikemaskini

Drama Bang Maznah Datang Lakonan Fasha Sandha, Azhan Rani

Saksikan telefilem 'Tiada Galang Ganti' lakonan Raja Atiq, Muntazar Ghufran dan Puteri Adrianna pada hari Raya Pertama (Ahad, 24 Mei 2020) pukul 10:00 pagi di TV3.

JUDUL : TIADA GALANG GANTI
WAKTU SIARAN : Ahad, 24 Mei, 2020 , 10:00 pagi
SIARAN TV : TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Raja Atiq, Muntazar Ghufran, Puteri Adrianna, Fimie Don, Izzendra DFKL, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Zack Kool

SINOPSIS TIADA GALANG GANTI

Alif selalu mengeluh setiap kali ibu bapanya hanya dapat menyediakan telur goreng sebagai hidangan mereka. Dia seolah-olah tidak memahami bahawa mereka menjalani kehidupan yang susah dan hanya itu yang ibu bapanya mampu. Malangnya, ibu bapanya meninggal dalam kemalangan dan Alif harus menjaga adik-adiknya. Mereka selalu mengeluh kerana hanya dapat memakan telur goreng. Barulah dia tahu bagaimana perasaan orang tuanya dan berharap dia dapat mengulangi masa untuk meminta keampunan.


Telemovie Tiada Galang Ganti Lakonan Raja Atiq, Muntazar Ghufran

 

Saksikan telefilem 'Iman Hakiki' istimewa sempena Maulidul Rasul, bakal ditayangkan pada Khamis, 29 Oktober jam 10 pagi di Astro Oasis.


JUDUL : IMAN HAKIKI

WAKTU SIARAN : Khamis, 29 Oktober 2020, 10:00 pagi

SIARAN TV : Astro Oasis 126 & Oasis HD 105

PENULIS SKRIP : Team Opera Klasik, Rashid Sibir, Basri Musa, Nora Sham

PENGARAH : Rashid Sibir

PRODUKSI : Opera Klasik Sdn Bhd

PELAKON : Hisyam Hamid (Iman), PU Azman (Bilal Kamal), Datuk Rahim Razali (Tok Mahat), Zaidi Omar (Pak Daud), Atita Haris (Maimunah), Ruminah Sidek (Nek Teh), Rashid Sibir (Yus), Aishah Sudin (Mak Sal).


SINOPSIS IMAN HAKIKI

Iman seorang musafir yang disalah erti cuba menunjuk pandai dan mencampuri urusan masjid. Bilal yang bercita-cita menjadi pengganti imam masjid menjadi riak dengan jawatannya dan tidak suka pada Iman. Iman mahu mengimarahkan masjid tetapi Bilal mahu menutup masjid setiap kali lepas solat. Pertentangan pendapat ini membuatkan Bilal rasa tercabar sedangkan Iman hanya mahu mengimarahkan masjid seperti zaman Nabi Muhammad SAW. Dihiasi siang dan malam dengan ayat Al-Quran zikir dan segala aktiviti agama. Berjayakah Iman Hakiki?












sumber:youtube

Telemovie Iman Hakiki Lakonan Hisyam Hamid (Iman), PU Azman (Bilal Kamal)

 


Tonton drama bersiri 'Misi Seramedi' arahan Wan Saiful Shahrizan mulai 1 Jun 2032, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 malam di TV Okey.

Judul : Misi Seramedi #misiseramidi
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2032
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 9.00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Idea Asal: Darling Ngasri
Penulis Skrip: MF Kencana & Farhana Fauri
Pengarah: Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi
Produksi: NS Star Studio
Lagu Tema: Misi Seramedi - Zwen Addeen

Watak Pelakon
Shiqin Kamal sebagai Medina
Bell Ngasri sebagai Abli
Acong Sweetchild sebagai Jibon
Aidil Aziz sebagai Khalid
Azlee Jaafar sebagai Tok Ketua
Dottie sebagai Nasha
Fadzil hamdan sebagai Wahab
Ucop Cecupak sebagai Jidin
Wan Gegau sebagai Pawang Yani
Aishah Atan sebagai Nenek Kebayan 
Taufik Hanafi sebagai Helmi

Sinopsis Misi Seramedi
Kemunculan gadis misteri bernama Medina yang duduk tepi kubur menyebabkan 3 pemuda jatuh cinta padanya. Namun Medina menetapkan syarat akan memilih siapa yang berjaya menakutkannya! Siapakah pilihannya?

Drama Misi Seramidi Lakonan Shiqin Kamal,Bell Ngasri

 



Ketawa lebih kalut di Kerajaan Takhta Nusantara dalam ‘MEGA SPONTAN’ baharu
Gelanggang lebih epik dengan kombinasi pelawak, pelakon, penyanyi, pempengaruh & rakyat Malaysia

Astro Warna kembali menghiburkan para penonton Astro dengan permainan lawak spontan terbaharu berskala besar tahun ini dengan kerjasama KLPOST dalam ‘MEGA SPONTAN’. Dengan bernadikan ‘Takhta Nusantara’ pada kali ini, rancangan berformat game show komedi ini menyatukan empat kumpulan yang mewakili kerajaan-kerajaan Nusantara iaitu Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat dan Campaktakjauh dalam permainan lawak spontan secara improvisasi yang menguji daya kreativiti masing-masing dalam masa yang terhad untuk dinobatkan menjadi ‘Raja Kerajaan Takhta Nusantara’.

Pencapaian rancangan-rancangan komedi Astro terdahulu dalam mencipta fenomena melahirkan kemahuan para penonton untuk melihat muka-muka baharu dalam industri komedi. Apatah lagi apabila tumpuan kini dialih kepada bakat-bakat komedi daripada generasi media sosial yang semakin meraih populariti luar biasa di pelbagai platform hiburan. Oleh itu, uniknya pada kali ini apabila barisan pemain rancangan ini turut melibatkan rakyat Malaysia serta generasi BBNU yang mempunyai bakat komedi yang hebat secara spontan.

‘MEGA SPONTAN’ akan dijayakan oleh seramai 20 pemain yang dibahagikan kepada empat buah kumpulan. Buat julung kalinya, setiap kumpulan bukan sahaja dipenuhi barisan pelawak ‘otai’ dan popular serta selebriti-selebriti yang mempunyai kelebihan dalam berkomedi. Namun ia juga terdiri daripada wajah-wajah baharu industri hiburan, pempengaruh sosial media dan rakyat umum yang dipilih menerusi uji bakat terbuka.


Antara nama-nama pelawak yang bukan asing lagi dalam industri komedi yang menyertai rancangan ini termasuk Roy Azman, Dato’ Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Atu Zero, Joey, Adlin Aman Ramli, Ramona Zam Zam dan Aya Amiruddin.

Manakala wajah-wajah baharu yang akan muncul buat pertama kali dalam hiburan komedi menerusi rancangan ini adalah pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel, Farahdhiya, Noreen Iman, Fadhli Masoot serta penyandang gelaran ratu cantik, Sanjna Suri. Kumpulan barisan pemain ini termasuk empat pemain yang dipilih menerusi uji bakat terbuka akan diperkenalkan pada minggu pertama kelak.

Menarik lagi buat edisi ‘MEGA SPONTAN’ kali ini adalah pengenalan mentor bagi setiap kumpulan yang akan membantu strategi kumpulan yang diwakili serta memberi komen kepada persembahan setiap kumpulan termasuk persaingan Battle Royale. Barisan mentor ini digalas oleh pelawak versatil tersohor negara termasuk Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.

Gerak-geri setiap pemain akan dinilai oleh Dato’ Afdlin Shauki sebagai Game Master. Beliau akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, pemilihan hukuman buat kumpulan yang tercorot serta pemberian Immunity kepada pemain mahupun kumpulan.

Pertandingan lawak spontan kali ini bakal digamatkan dengan penampilan pelawak dan pengacara popular negara yang bakal mengemudi rancangan ini. Sherry Alhadad bakal menggalas tugasan pengacara buat kali pertama di samping Amir Raja Lawak yang akan bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.

‘MEGA SPONTAN’ akan berlangsung selama lapan (8) minggu dan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 19 Mei, setiap Jumaat, jam 9.00 malam eksklusif di Astro Warna (saluran 107). Untuk pilihan fleksible, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati ‘MEGA SPONTAN’ di Astro.

Penganjuran ‘MEGA SPONTAN 2023’ ini turut dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak dan Zon Lawak selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi.


FORMAT RANCANGAN MEGA SPONTAN

Seramai 20 pemain yang dibahagikan kepada empat kumpulan terdiri daripada barisan pelawak ‘otai’ dan popular industri komedi, selebriti-selebriti ternama, bakat-bakat generasi muda serta pemain yang dipilih menerusi uji bakat terbuka akan bertanding dalam permainan lawak spontan yang akan berlangsung selama lapan minggu.

Pertandingan mingguan akan dipecahkan kepada lapan segmen. Setiap kumpulan mempunyai ‘Hulubalang dan pahlawan-pahlawannya’. Pertandingan akan dipecahkan kepada enam pusingan yang terdiri daripada persaingan antara dua kumpulan dalam permainan lawak spontan dan juga permainan Battle Royale di mana kesemua empat kumpulan akan bersaing bersama secara bergilir-gilir. Setiap permainan yang dipilih akan melibatkan teknik improvisasi serta kreativiti para pemain dalam masa yang terhad. Kumpulan yang menarik perhatian para juri dan Game Master dengan lemparan lawak spontan paling hebat akan memenangi pusingan tersebut.

Mengekalkan format terdahulu, barisan ‘komentator’ atau mentor akan memberikan ulasan ringkas mengenai persembahan setiap kumpulan yang bersaing serta menggunakan helah mereka untuk mengacau dan menjatuhkan kumpulan pihak lawan di samping Dato’ Afdlin Shauki yang akan menilai setiap persembahan mengikut peraturan yang telah ditetapkan sebagai Game Master.

Selain itu, pemberian kad imuniti turut dikekalkan dalam format permainan yang perlu diraih dalam pusingan Physical Challenge. Kesemua empat kumpulan akan bersaing dalam permainan fizikal untuk memenangi imuniti. Kad imuniti akan diberikan kepada seorang pemain atau kumpulan pemenang yang ditentukan oleh Game Master untuk menjadi kebal daripada penyingkiran. Kad imuniti akan diberikan pada setiap minggu.


HADIAH KEMENANGAN MEGA SPONTAN 2023

• Kumpulan Juara Mega Spontan : RM200,000 dan sebuah trofi
• Pemain Terbaik Pusingan Akhir : RM 10,000 dan sebuah trofi
• Hadiah Mingguan : RM5,000 (Didermakan kepada badan amal terpilih)

Mega Spontan 2023 (Astro Warna ) Senarai Artis Pemain

 


Negara kita pernah dikejutkan dengan kes-kes tragik yang menyayat hati rakyat Malaysia. Secara tidak langsung ia memberi impak yang besar terhadap negara serta pengajaran bahawa pelbagai tragedi boleh berlaku tanpa diduga. Terbaharu di TV3, Fail Mahkamah akan membawa penonton mengimbas kembali kronologi kes-kes yang tragik, sensasi dan berprofil tinggi yang pernah mendapat perhatian dan liputan meluas media suatu ketika dahulu.

Program dokumentari ini bakal bersiaran bermula pada 17 Mei 2023, setiap hari Rabu pada pukul 9.00 malam. Fail Mahkamah diketuai oleh Mohd Said Abdullah Thani & Mohd Azri Atan selaku Penerbit Eksekutif dan Muhamad Hanif Sulhi Hassan sebagai Penerbit.

Program ini bakal memukau penonton dengan pandangan yang lebih mendalam tentang beberapa prosiding dari perspektif undang-undang tentang kes-kes yang sensasi dalam sejarah di Malaysia yang pernah dibicarakan. Fail Mahkamah turut menampilkan laporan atau status terkini daripada Mahkamah Keadilan khas untuk penonton setia TV3.

Kes yang mengimbas kembali suasana bilik mahkamah akan menjadi lebih menarik dengan laporan khas di mana wartawan perlu turun padang untuk meninjau semula kes yang telah diselesaikan. Penyiasatan jenayah dan tragedi yang popular ini ditunjukkan dengan infografik yang menarik bagi memudahkan lagi penonton untuk memahami.

Setiap episod akan memberi tumpuan kepada kes tertentu seperti kes syariah, kes bertaraf antarabangsa dan kes siasatan jenayah yang tidak dapat diselesaikan menerusi temu bual dengan ulasan pakar bertujuan untuk memberikan gambaran secara menyeluruh. Antara kes-kes yang bakal dibicarakan adalah kes Sosilawati, Nurin Jazlin, Sharlinie, Canny Ong, Suzaily Mokhtar dan tragedi yang menyayat hati seperti insiden Highland Tower dan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Jangan ketinggalan untuk saksikan Fail Mahkamah menerusi TV3, bakal bersiaran pada 17 Mei 2023 setiap hari Rabu pada pukul 9.00 malam

Fail Mahkamah di Tv3

 


Tonton telefilem khas sempena Hari Guru berjudul Cikgu Daniel disiarkan pada 16 Mei ini, Selasa pukul 9 malam di TV2.

Judul : Cikgu Daniel #cikgudaniel
Waktu Siaran: Selasa, 16 Mei 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Penulis Skrip: Zakaria Hassan
Pengarah: Azwandy @ Mcgee Suhaimi
Produksi: Kacak Picture Production
Pelakon: Azam Pitt, Melati Melissa, Naz Johar, Tini Tyrani, Mohamad Hasan, Ferrazillah, Julia Billie, Shahrul Iskandar

Sinopsis Cikgu Daniel

Cikgu Daniel dihantar ke pendalaman Sarawak selepas tamat latihan perguruan. Metod pengajarannya menarik minat pelajar dan guru disana. Semasa PKP, Cikgu Daniel bersama Cikgu Petrus dan Jali mengunjungi rumah murid untuk memberi bantuan. Ketika itulah, Cikgu Juita menabur fitnah ke atas Cikgu Daniel dan menghasut Cikgu Mansor.

Telemovie Cikgu Daniel Lakonan Azam Pitt, Melati Melissa




Saksikan telefilem Isteriku Cikguku lakonan Syafiq Kyle dan Izara Aisyah yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini pukul 9.00 malam. 

JUDUL : ISTERIKU CIKGUKU
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Muhammad Nor Zaidy Abdullah
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A Aida Production
PELAKON : Syafiq Kyle, Izara Aisyah, Arash Mohd, Azlan Mokhtar, Syazuwan Hassan, Faralyna Idris, Sabhi saddi

SINOPSIS ISTERIKU CIKGUKU

Cikgu Maria gembira setelah mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang cikgu di sebuah sekolah menengah, tetapi selepas memasuki sekolah tersebut, segalanya berlainan dengan harapannya. Disekolah pelajar-pelajar begitu nakal dan sering mengikut kata Azlan, pelajar paling nakal di sekolah.

Demi masa depan anak didiknya, Maria cuba membantu terutama Azlan yang tidak  mengindahkan pelajarannya. Cikgu Maria mencadangkan kepada ibu bapa Azlan supaya Azlan menjalani kem motivasi. Semasa kem motivasi berlaku tragedi mengakibatkan Azlan dimasukkan ke hospital. Sejak berada disana Cikgu Maria selalu datang menemani Azlan.

Azlan mula jatuh hati kepada cikgu Maria dan meluahkan perasaaan itu. Walaubagaimanapun Cikgu Maria enggan dan mencabar Azlan supaya cemerlang dalam SPM jika benar menyayanginya.

Cerekarama Isteriku CIkguku ,Lakonan Syafiq Kyle, Izara Aisyah