Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang lelaki bertindak melastik mata seorang guru di SMA Kabupaten Rajang Lebong, Bengkulu Indonesia, sehingga buta.

Difahamkan, lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana mendakwa anaknya ditendang oleh guru tersebut yang membuatkan dia tidak dapat mengawal emosi.


Pun begitu, lelaki terbabit telah menyerah diri di balai polis sambil menangis memohon maaf kepada guru tersebut kerana mengalami cacat kekal pada mata kanannya kerana bertindak di luar jangkaan.

“Anak saya ditendang, saya jadi emosi encik,” ujarnya.

Sebaik sahaja mengetahui batu lastik tepat terkena pada matanya, dia bergegas berlari meninggalkan kawasan tersebut kerana ketakutan.


Bukan itu sahaja, dia membuat keputusan untuk menyerah diri di balai kerana bimbang dipukul oleh pihak berkuasa dan akui menyesal dengan perbuatannya.

“Takut encik, takut dipukul polis. Saya menyesal sungguh, saya minta maaf,” katanya.

Terdahulu, media Indonesia mendedahkan lelaki tersebut melastik mata guru terbabit selepas dipercayai menendang anaknya yang ditangkap menghidap rokok di kawasan sekolah.


Sumber: Kumparan

Bapa Lastik Mata Cikgu Hingga Buta, Anak Ditendang Sebab Merokok

 

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam satu hantaran terbaru di laman Twitternya mengesahkan bahawa beliau dan wanita pertama AS yang juga isterinya, Melania Trump positif Covid-19.

Beliau juga berkata dalam ciapannya itu, beliau dan isteri akan menjalani kuarantin dan proses pemulihan serta-merta dan akan menjalaninya bersama-sama.

Trump dan isteri disahkan positif selepas menjadi kontak rapat kepada penasihatnya, Hope Hicks yang disahkan positif virus itu terlebih dahulu.

Hope Hicks bersama Trump dalam satu rancangan debat bersama pesaingnya Joe Biden di Ohio pada Selasa. Beberapa ahli keluarga Trump yang hadir pada rancangan debat itudilihat tidak memaki topeng muka

Presiden Donald Trump Dan Isterinya Disahkan Positif Covid-19



Sumber:  Trump, BBC 

Presiden Donald Trump Dan Isterinya Disahkan Positif Covid-19

 Selepas dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dengan perlu membayar denda sebanyak RM210 juta, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM1 Juta.

Bayar duit ikat jamin

Tengahari tadi, beliau telah hadir ke kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi bersama anaknya, Norashman Najib bagi membayar ikat jamin tersebut.

Anak-Anak jadi penjamin Najib

Menerusi Berita Harian, Najib Razak perlu membayar ikat jamin RM1 juta itu selepas mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam pada itu, anak kepada ahli parlimen Pekan tersebut telah memuat naik status di IG story memaklumkan bahawa dia (Nooryana Najwa) dan adiknya, Norashman bertindak sebagai penjamin kepada bapa mereka bagi kes SRC ini.

baca semua komen & DM

Tambah Nooryana lagi, dia dan seluruh ahli keluarga membaca setiap kata-kata semangat yang diberi kepada mereka menerusi komen dan juga mesej peribadi yang dihantar.

Walaupun mengakui kecewa dengan keputusan yang telah diterima semalam, namun mereka tetap tidak putus asa untuk meneruskan perjuangan menafikan setiap tuduhan yang dikenakan kepada Najib Razak.

Najib Selesai Bayar RM1 juta Duit Ikat Jamin,Anak-Anak Jadi Penjamin Kes SRC

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) —  Datuk Seri Najib Tun Razak melafazkan ‘sumpah laknat’ ketika merayu hukuman ringan dari kandang tertuduh hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata sebagai seorang Muslim, meskipun beliau sebelum ini sudah melafazkannya pada peringkat awal perbicaraan kes itu, beliau sekali lagi mengulangi “Wallahi Wabillahi Wattallahi.”

“Saya tidak minta wang RM42 juta itu, saya tidak merancang untuk mendapatkan wang RM42 juta itu dan wang RM42 juta itu juga tidak ditawarkan kepada saya.

“Tidak ada keterangan atau saksi yang menyatakan demikian. Saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai RM42 juta itu. Itu sahaja yang ingin saya katakan,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan terdiri daripada kesalahan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Najib, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding itu, berkata beliau ingin merujuk kepada tempoh sembilan tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata sepanjang tempoh tersebut, negara makmur sehingga mempunyai pertumbuhan ekonomi yang amat memberangsangkan selama sembilan tahun berturut-turut yang berakhir dengan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus 2017.


“Kita menyaksikan pasaran saham melonjak untuk satu jangka masa yang panjang dalam sejarah negara dengan 1,900 mata di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).


“Sepanjang tempoh ini, saya memastikan pembangunan pembangunan infrastruktur berskala besar dalam negara termasuk pengangkutan awam dan perumahan.

“Saya juga memastikan setiap kumpulan komuniti mendapat manfaat, contohnya petani, peniaga kecil dan penjawat awam telah mendapat manfaat daripada program berskala besar untuk meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

“Saya telah memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), sesuatu yang saya tidak begitu diberikan kredit. Saya telah memastikan negara tidak mengalami tempoh yang menyaksikan penyalahgunaan kuasa.

“Saya juga telah memberikan cadangan untuk melaksanakan satu sistem sumbangan politik yang lebih telus tetapi ia memerlukan sokongan dwipartisan namun pembangkang ketika itu tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan ia terkubur begitu sahaja,” kata.

Sumber: BERNAMA

Najib Lafaz ‘Sumpah Laknat’ Sekali Lagi

KUALA LUMPUR, 28 Julai  — Pasukan pendakwaan memohon Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman berat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan kerana beliau memegang jawatan tinggi serta mempunyai pengaruh yang besar ketika melakukan jenayah itu.

Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V. Sithambaram berkata kes yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu turut mencemarkan imej negara dengan kleptokrasi dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya berdepan dengan isu tersebut.

“Tidak ada perdana menteri atau menteri kewangan yang pernah didapati bersalah atas sesuatu kesalahan jenayah. Ini yang pertama,” katanya ketika membalas hujah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang meminta hukuman ringan dikenakan ke atas anak guamnya.

Sithambaram berkata pendakwaan memohon mahkamah mengenakan denda sebanyak RM210 juta bagi kesalahan menyalahgunakan kedudukan iaitu lima kali ganda nilai suapan dalam jenayah itu serta hukuman penjara mandatori.

Bagi CBT, pendakwaan memohon hukuman penjara antara dua tahun hingga 20 tahun dan denda.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, pendakwaan memohon hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda RM210 juta, yang merupakan lima kali ganda nilai terbabit dalam jenayah itu, kata Sithambaram.

Najib didapati bersalah atas ketujuh-tujuh pertuduhan yang membabitkan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Sithambaram berhujah bahawa Najib tahu mengenai RM42 juta yang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadinya namun tidak bertindak memulangkan wang itu.

“Alasan yang diberikan ialah siasatan sedang dijalankan, bagaimanapun selepas Peguam Negara ketika itu (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) membersihkan beliau daripada sebarang salah laku, masih tidak ada tindakan diambil untuk memulangkan wang tersebut.

“Adalah jelas tertuduh enggan memulangkan wang itu dan hukuman yang dijatuhkan mestilah berat kerana Najib memegang jawatan yang tinggi dan berpengaruh,” katanya sambil menambah bahawa kesalahan rasuah semakin berleluasa di negara ini dan tidak boleh dibiarkan.

Sithambaram berkata Najib mempunyai kewajipan fidusiari dan moral kepada Malaysia serta rakyatnya namun sabitan mahkamah menunjukkan bahawa beliau gagal melaksanakan kewajipan itu.

“Hukuman mahkamah perlu menjadi duluan kepada semua yang memegang jawatan tinggi di negara ini. Ini adalah satu peringatan bahawa tidak ada sesiapa pun yang terkecuali daripada tindakan undang-undang,” katanya.

“Ini semua adalah keputusan yang dibuat oleh para hakim, bukan kata-kata saya. Ini merupakan pandangan mahkamah terhadap individu berjawatan tinggi dan penting yang melakukan perbuatan rasuah,” katanya.

Sithambaram kemudian menyentuh pertuduhan pengubahan wang haram dan berkata senario terburuk dalam kes itu telah berjaya dibuktikan.

“Peranan tertuduh dalam SRC International sebelum ia menjadi sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) lagi, kedudukan yang dipegang beliau untuk memberi arahan, berada dalam Kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan bagi membolehkan SRC mendapatkan pinjaman, pengeluaran pinjaman, pengeluaran RM42 juta ke akaun beliau bagi kesalahan CBT dan penggunaan kewangan untuk melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA),” katanya.

Beliau juga berkata jika jenayah itu tidak didedahkan oleh media, ia mungkin tidak dapat dikesan.

“Terdapat percubaan untuk menafikan tandatangan dalam dokumen penting pendakwaan sebelum berpatah balik… Ini menjadikan keadaan dalam kes ini lebih teruk,” katanya.

Sithambaram berkata kes itu adalah “yang pertama seumpamanya,” oleh itu ia “adalah tersendiri.”

“Oleh itu, kami memohon satu hukuman yang adil dan sewajarnya dijatuhkan, yang bersifat pencegahan untuk memberi pengajaran bukan hanya kepada ahli politik malah kepada semua penjawat awam,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Pendakwaan Mohon Mahkamah Jatuhkan Hukuman Berat Ke Atas Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukumannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pada Isnin ini.

Mohd Nazlan memutuskan bahawa pihak pembelaan perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

"Alasan pembelaan bahawa mereka memerlukan masa untuk melihat latar belakang kes yang saya sabitkan kepada Najib tidak boleh diterima," katanya.

Oleh itu beliau memutuskan rayuan meringankan hukuman diteruskan hari ini.

Najib, perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah.

Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.


Pada 11 November 2019, Najib diarahkan membela diri atas kesemua pertuduhan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pada 3 Disember 2019, Najib memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan untuk menjawab pertuduhan terhadapnya dengan membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat.

Pada 5 Jun lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk mengumumkan keputusan dalam kes itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan yang bermula pada 1 Jun.

Najib pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Seterusnya pada 8 Ogos 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

Semua kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan dibicarakan bersama.

Sumber:Bernama

Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalah atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Akan Dikemaskini lagi
Sumber:Hmetro

Najib Bersalah Di Atas Semua 7 Pertuduhan Kes SRC

Wanita sarat hamil tujuh bulan maut digilis lori treler selepas terbabit kemalangan di lampu isyarat Jalan Permatang Buloh, Sungai Dua, Butterworth malam tadi.

Menurut laporan Astro Awani, mangsa Nur Amirah Izzati Ahmad Rohaizat yang menunggang motosikal bersendirian dikatakan melanggar lampu isyarat merah sebelum berlanggar dengan kereta pacuan empat roda.

“Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam selepas pulang dari bertemu rakannya di Teluk Air Tawar, Butterworth.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dan menggelongsor di atas jalan sebelum digilis sebuah treler yang melalui laluan tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.



Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : Astro Awani , Penang Kini

Wanita Hamil 7 Bulan Maut Digilis Treler,Sempat Bagi Duit Pada Adik-Adik