Biodata Redza Rosli.Seorang Pelakon kacak dan memiliki senyuman yang amat manis ini bernama Redza Rosli . Beliau terkenal dengan pelbagai drama lakonan beliau yang menjadi rebutan bagi stesen tv terutamnya Tv3. Di sebabkan ramai yang tanya mengenai Biodata Redza Rosli saya kongsikan sedikit tentang insan hebat yang bernama Redza Rosli ini.

Redza Rosli Ketika Menang Anugerah Drama Sangat sebagai pelakon lelaki popular 2023 (sumber instagram Redza Rosli)

Biodata Redza Rosli,pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta Ahmad Redza Bin Rosli atau digelar Redza Rosli beliau dilahirkan di selangor dan kini berusia dalam 31 tahun dilahirkan pada tanggal 18 Mac 1992 dan mempunyai 4 orang adik beradik semuanya. 

Redza merupakan pelakon yang meningkat naik dalam industri perfileman dan drama Malaysia dan merupkan seangkatan dengan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad Redza Rosli memulakan lakonan awalnya pada tahun 2009 pada ketika itu umur beliau 17 tahun,drama yang beliau lakonkan ketika itu adalah Kmelia Katrina tayangan Astro Ria ketika itu

Selepas itu, beliau berehat selama 4 tahun sebelum kembali semula dengan drama Tanah Merah pada tahun 2013 Pada tahun 2014 beliau mula membintangi dua drama tayangan Tv2 dan Tv3 yang bertajuk Lembayung Kasihmu dan Antidot Tahun seterunya beliau mencabar diri dengan membintangi lebih empat drama bermula dengan Silir Ksih,Stella,Puteri Bukan Nama Sebenar dan Maria. Drama yang membuat beliau makin dikenali pula adalah Terindah dan M.A.I.D yang mana drama tersebut cukup popular pada ketika itu yang turut dibintangi oleh Ayda Jebat dan Zul Arffin 

Nama yang semakin meningkat naik membuatkan beliau sentiasa menjadi pilihan pengarah bukan sekadar itu beliau juga turut mencetuskan fanomena sendiri melalui drama yang dibintangi seperti Leftenan zana,Meh sandar pada Aku,Kekasih Hati Mr Bodygurd Rindu terindah,Plan Cinta,Isteri Untuk Diiktiraf ,Misteri Mona,Seindah Takdir Cinta dan banyak lagi dan yang terbaru luruhnya bunga cinta yang sedang ditayangkan di tv3.

Pada 2023 beliau telah berjaya memenangi anugerah drama sangat sebagai Pelakon lelaki popular yang menjadikan setiap pengorbanan beliau tidak sia-sia dan dihargai.

Biodata Redza Rosli Pelakon Drama Luruhnya Bunga Cinta

 

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta menyifatkan sifat berlagak ketika berduit tidak harusnya dilemparkan kepada golongan wanita sahaja.

Menurutnya, sikap berlagak tidak hanya tertakluk terhadap golongan wanita kerana kaum lelaki turut mempunyai sifat sedemikian sekiranya mempunyai duit yang berlebihan.

“Ada (perempuan) yang berlagak, mungkin sebab dari pengalaman mereka.

“Tidak payah perempuan pun, kalau lelaki gaji banyak sikit, terus bertaring.

“Saya rasa tidak kira lelaki atau perempuan, kalau ada duit lebih memang akan berlagak,” katanya kepada Hib Glam baru-baru ini.

Dia berkata demikian bagi mengulas kenyataan aktor Datuk Rosyam Nor yang melabel segelintir golongan wanita lebih ego apabila memiliki duit sendiri.

Dalam masa sama, untuk mengelak daripada dilabel sebagai berlagak, Che Ta memberitahu setiap individu harus bijak mengawal diri dan emosi.

“Okeylah kalau ada duit berlagak, yang tiada duit berlagak pula macam mana?

“Jadi, saya rasa yang berlagak bila ada duit tidak bergantung kepada jantina. Bila ada duit, tak kira siapa pun, akan berlagak.

“Semua orang berduit dan perlu belajar kawal diri,” ujarnya.

Baru-baru ini, Rosyam menyifatkan wanita yang bekerjaya dan memiliki pendapatan lebih daripada lelaki akan memiliki sifat angkuh dan ego.

Rosyam juga berpendapat sikap ego berkenaan juga menyebabkan masalah dan keretakan rumah tangga.

“Bukan perempuan je, lelaki kalau berduit pun berlagak”, sekali Che Ta bidas balik buat Rosyam Nor terkedu

 


Sejak kebelangan ini, Kota Al Ula kembali menjadi perdebatan netizen di media sosial apabila ramai influencer dari pelbagai negara termasuklah Malaysia membuat review pemandangan di kota yang dilaknat Allah S.W.T.

Antara yang menerima kecaman adalah pelakon hebat, Zul Ariffin apabila pernah berkongsi momen sewaktu menziarahi kota tersebut.

Hantaran dibuat pada Ogos

Menerusi laporan dari media sosial Hibglam, Zul Ariffin dipercayai telah memuat naik hantaran sewaktu ke Kota Al Ula pada pertengahan Ogos lalu dan menunjukkan keadaan di sana yang sudah dibangun menjadi tempat pelancongan.



Video tular lepas viral semula Kota Al Ula di media sosial

Hal ini susulan tularnya kisah berkenaan kota terkutuk tersebut yang menjadi perbualan netizen di media sosial sehingga pelbagai spekulasi serta tuduhan dilemparkan kepada pelakon drama Perempuan Itu.

Video yang dikongsi akaun TikTok @zulariffin_official sewaktu pelakon tersebut ke kota larangan berkenaan juga telah menghadirkan pelbagai komen yang mengakui kecewa dengan aktor hebat berkenaan.


@zulariffin_official Visiting the Old Town of Al Ula #SaudiArabia #AlUla #Alhamdullilah #fyp #12thcentury ♬ Habibi (Albanian Remix) - Ricky Rich & Dardan

Satu cara mendapatkan ilmu baru
Walau bagaimanapun, menerusi hantaran Zul Ariffin di Instagram kira-kira tiga minggu lalu, dia telah menjelaskan kehadirannya di kota tersebut sebagai salah satu cara mendapatkan ilmu baru dan bukan untuk melancong semata-mata.

Dia juga menyedari bahawa kota larangan tersebut adalah bukti kekuasaan Allah S.W.T apabila menurunkan azab kepada kaum Nabi Saleh A.S.




sumber:@zulariffin_official

“Lagi dilarang, lagi pergi” -Zul Ariffin ke Al Ula tular kembali, netizen luah kecewa

 


Penyanyi dan juga bapa kepada Shila Amzah, ND Lala akhirnya telah melafazkan cerai kepada isterinya, Datin Fauziah Sarman menerusi aplikasi WhatsApp.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Fauziah menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Fauziah, ND Lala telah melafazkan cerai kali pertama pada 2 Ogos lalu manakala untuk kali kedua pula adalah semalam (Selasa).

“Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.

“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 0gos 2023) melalui WhatsApp.

“Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, Fauziah memaklumkan dia menerima ketentuan takdir itu dengan berlapang dada dan mengambil keputusan untuk memberitahu kepada umum supaya tidak timbul fitnah di kemudian hari.

“Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya dan insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, Insya-Allah.

“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini.

“Apa yang telah saya lalui telah saya redhakan dan In shaa Allah saya yakin aturan Allah SWT ini adalah yang terbaik buat saya.

“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.

“Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.

“Terima kasih untuk doa semua dan but mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata - hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua,” tulisnya.

sumber:

34 Tahun Kahwin, ND Lala Akhirnya Ceraikan Isteri Melalui WhatsApp

 


Kumpulan pop rock Britain, The 1975 telah diberi notis tujuh hari oleh penganjur Festival Good Vibes 2023 (GVF2023), Future Sound Asia (FSA) untuk membayar lebih daripada RM12.3 juta sebagai ganti rugi berhubung kontroversinya pada baru-baru ini.

Peguam David Mathew yang mewakili FSA memberitahu Malaymail bahawa firma tersebut telah menghantar surat tuntutan bertarikh 7 Ogos 2023 kepada The 1975.

“Dalam surat tersebut, FSA menuntut agar The 1975 mengaku tanggungjawab mereka dan juga membayar jumlah sebanyak £2,099,154.54 (RM12,347,967.91) dalam masa tujuh (7) hari.

“Surat Tuntutan ini ditulis mengikut peruntukan English Practice Direction Pre-Action Conduct and Protocol yang merupakan sebahagian daripada English Civil Procedure Rules,” katanya.

Tindakan undang-undang ini diambil berikutan pembatalan GVF2023 pada bulan lalu susulan tindakan vokalis kumpulan terbabit, Matt Healy yang telah mencetuskan kontroversi semasa melakukan persembahan pada malam pertama festival terbabit.



Tuntutan dilakukan kerana The 1975 sengaja langgar kontrak

Menurut David, tuntutan yang dilakukan oleh FSA terhadap The 1975 pada dasarnya adalah kerana pelanggaran kontrak yang disengajakan.

“Wakil Healy dengan tegas memberikan jaminan bertulis sebelum persembahan bahawa dia dan persembahan langsung The 1975 ‘akan mematuhi panduan dan peraturan tempatan’ semasa persembahan mereka di Malaysia.

“Walaupun begitu, jaminan itu diabaikan, dan tindakan kumpulan itu juga dengan jelas melanggar kontrak dengan FSA, yang mengakibatkan pembatalan festival dan menimbulkan kerugian yang besar kepada FSA,” katanya lagi.

Kegagalan The 1975 untuk mengakui dan membayar ganti rugi seperti yang diminta oleh pihak FSA akan mengakibatkan tindakan undang-undang diambil di Mahkamah England.

sumber:malaymail

Penganjur GVF2023 Tuntut The 1975 Ganti Rugi RM12.3 Juta Atau Berdepan Tindakan Di England

 


Baru-baru ini, selebriti sensasi Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil sebagai Anju dijemput untuk beraksi di pentas Sepahtu Reunion Live 2023 sebagai tetamu jemputan.

Siapa sangka dengan kemunculan Anju sebagai cameo dalam pentas Sepahtu Reunion itu mampu membuat penonton ‘sakit perut’ kerana lawak spontannya.Kerana penat hidup susah, watak Juliana yang dibawakan oleh Zarina Anjoulie sanggup menduakan suaminya, Leman (Jep Sepahtu) semata-mata mahu bercinta dengan lelaki lebih kaya.

Anju gamatkan pentas SRL2023


Meskipun gemuruh kali pertama muncul di pentas komedi itu, nampaknya Anju selamba membawa karakter isteri derhaka dengan gaya tersendiri. Dialog yang dilontarkan juga penuh dengan sindiran cukup ‘deep’.



@kakcikk32 #sepahtureunionlive #sepahtu #zarinaanjoulie ♬ original sound - KakCikk


Syaitan apa yang merasuk ke badan ini, keluarrrr!

Bukan di awal-awal cerita sahaja, bahkan energy kelucuan aktres ini masih konsisten sampai ke penghujung cerita. Juliana akhirnya insaf selepas wajahnya menjadi hodoh gara-gara disimbah asid oleh watak Zamani. Saat pulang ke pangkuan suami, Leman bagaimanapun telah tawar hati dan enggan lagi menerima kembali wanita derhaka itu. Lucunya, cara Anju menjerit keinsafan sungguh mirip dengan orang kerasukan. Jep spontan membuat gaya rukyah lantas menambah gelak tawa penonton di studio siaran langsung.

sumber:@kakcikk32

Terhibur Bila Jep Cuba 'Rukyah' Anju, Jerit Macam Kena Sampuk Tapi Derhaka


Selepas hampir 3 tahun menyepikan diri, pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah tiba-tiba muncul dalam satu program di YouTube Hijabista. Bekas peserta Akademi Fantasia ini tampil dalam video itu dan menceritakan punca dia berehat dari dunia seni dan kini akan kembali semula.

Nonny memaklumkan dia memerlukan masa untuk ‘mencari diri sendiri’ untuk kembali lebih kuat sebagai anak seni. Selama tiga tahun itu juga, Nonny memaklumkan dia telah mendalami ilmu agama dan mencari arah tujuan hidup yang sebenar.

Katanya, sebelum ini dia tidak mempunyai asas agama yang betul dan menyebabkannya buat keputusan yang salah termasuklah pernah bekerja di dalam kelab malam.

Saya cuba cari orang sekeliling yang terbaik kerana saya bukan datang daripada latar belakang yang baik. Saya daripada keluarga yang bercerai-berai, hidup berasingan dengan keluarga. Saya dulu pernah kerja dekat ‘club’.

Tiba-tiba dapat rezeki masuk industri seni tanpa ada panduan yang betul. Apa yang saya rasa nak buat, saya buat.

Ujar Nonie, penghijrahan untuk berhijab adalah satu pengorbanan yang besar dan memerlukan semangat yang kuat.

Terdahulu, Nonny pernah dilanda kontroversi berpakaian seksi dan tidak lagi bertudung di Instagram setelah putus kasih bersama pelakon, Niezam Zaidi.


sumber:Hijabista

Nonny Nadirah Selepas 3 Tahun Hilangkan Diri ,Akui Diri Tiada Asas Agama Sebelum Ini

 



Baru-baru ini, pelakon Datin Almy Nadia terima kritikan serta kecaman hebat daripada netizen gara-gara memeluk influencer terkenal dari Indonesia iaitu Mimi Peri sewaktu berkunjung ke Malaysia.

Enggan untuk memperbesarkan isu berkenaan, menerusi laporan mStar, aktres yang berusia 37 tahun itu tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, dia tidak mahu memikirkan isu itu malah, meminta netizen untuk memberi teguran dengan lebih berhemah berbanding terus melemparkan kata-kata yang negatif.



“Tak perlu respon apa-apa pun, saya tak perlu membalas atau kritik dengan cara apa sekali pun. Apa orang nak cakap, cakap lah. Mungkin itu yang terbaik untuk dia.

“Saya tak mahu tambah dosa saya untuk bercakap atau membalas kata-kata orang. Awak boleh je Direct Message (DM) secara peribadi untuk cakap benda ni dan bukan secara umum,” katanya.

Bukan itu sahaja, Almy turut memaklumkan dia tidak membaca sebarang komen yang diberikan oleh netizen memandangkan penulisan mereka memberi kesan yang mendalam.

Malah, dia mengakui memerlukan masa untuk berubah ke arah yang lebih baik tambahan pula baru sahaja membuat keputusan untuk berhijab.



“Saya tak baca pun sebenarnya tapi mak saya yang beritahu. Mimi Peri je kot tapi zaman 2023 adalah netizen, netizen punya penulisan tu sangat berkuasa, jangan salah buat atau cakap.

“Mungkin orang yang menegur sebab saya baru berhijab, saya perlu menjaga batas tetapi dalam dunia industri seni ni bagaimana. Saya bukannya terlalu baik, tapi perubahan yang perlahan bukan drastik, insya-Allah,” ujarnya.

Sekadar info, Almy Nadia sah bergelar isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz pada 26 April 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber: mStar (Faiz Izzat)

"Apa org Nak cakap,Cakaplah",Almy Nadia Jawap Isu Dikritik Pegang Mimi Peri

 


Cef selebriti terkemuka, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma dan akan menjalani rawatan dalam masa terdekat.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh cef yang berusia 65 tahun itu di laman Instagramnya yang memberitahu berkemungkinan kanser limfoma yang dihidapi masih berada pada peringkat awal memandangkan dia tidak mengalami sebarang simptom.


“Pada pukul 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap kanser limfoma.

“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya.

Difahamkan juga, rawatan kemoterapi akan mengambil masa selama 13 minggu dan dia mempunyai peluang untuk sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal.



“Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.

“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M. Daud Kilau dan sebagainya pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan orang ramai tidak perlu risau serta menzahirkan ucapan terima kasih atas doa serta kata-kata semangat yang diberikan.



Anak dan menantu saya terus menangis selepas mendapat tahu saya menghidap kanser. Tetapi, beginilah hidup. Kita perlu jalani setiap cabaran satu demi satu dengan hati yang terbuka.

“Kepada semua, jangan risau. Terima kasih atas doa kata-kata semangat,” luahnya.

Sumber: Instagram @Chef Wan

Chef Wan hidap kanser limfoma, terima takdir dengan hati terbuka

 


Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan dia sedang hamil cahaya mata ketiga dengan usia kandungan mencecah 10 minggu.

Perkara itu dikongsikan oleh Shuhada menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Shuhada berkata dia mengakui tidak kuat apatah lagi kemelut rumah tangganya belum lagi selesai.

Menurut Shuhada lagi, dia juga tidak dapat menahan air mata di mahkamah apabila menceritakan dirinya hamil 10 minggu.



“Air mata mengalir tak henti sewaktu ibu ceritakan pada mahkamah yang ibu tengah mengandung 10 minggu. Ibu dah cuba untuk kuat, sumpah demi Allah. Tapi ibu perlukan kekuatan dari sekeliling ibu.

“Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang ibu hadap sekarang. Ibu akan usaha sepenuh hati, kena kuat untuk terus jaga Humairah dan Umar termasuk adik baru,” tulisnya.


Kata Shuhada lagi, dia juga tidak boleh mengambil ubat untuk mengurangkan tekanan kerana bimbang akan memberi kesan pada bayinya.

“Halangan terbesar ibu sekarang, usia kandungan masih awal. Ibu tak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan. Ibu takut beri kesan kepada bayi dalam kandungan.

“Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak-anak. Hari ini seharian ibu menangis. Tadi kat hospital ibu jatuh pengsan. Doktor minta ibu buka puasa sebab tak cukup kuat dan boleh bahayakan kandungan.

“Ibu termenung serabut. Air mata tak henti-henti mengalir. Apa berlaku ni, ibu terima. Walaupun ibu dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ni,” katanya.

Shuhada Isteri Hafidz Roshdi Dedah Kini Hamil 10 Minggu - "Hari Ni Menangis Seharian, Pengsan Di Hospital"